PAKATAN PEMBANGKANG SOKONG KARPAL HANYA BERMOTIFKAN POLITIK

Pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak adalah pendirian yang bermotifkan politik ujar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Tegas beliau PKR tidak perlu mengambil masa yang begitu lama untuk menyokong kenyataan itu jika ia benar-benar berasaskan kepada pendapat yang tulen dan tidak mempunyai kepentingan tertentu.

"Ia sudah terlewat. Mengapa ambil masa yang begitu lama nak menyokong. Saya percaya apabila ia dilakukan selepas beberapa hari diulang oleh Karpal, ia dibuat bersandarkan kepada pertimbangan politik," katanya.

Beliau mengulas tindakan pemimpin PKR mempertahankan kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu yang mempersoalkan kuasa Sultan Perak dalam pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Jamry Sury.

Semalam, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan yang parti itu menerima penjelasan Karpal atas alasan kenyataan itu tidak bermaksud menyinggung raja-raja Melayu.

Sebelum ini beberapa pemimpin Pemuda turut mempersoalkan pendirian pemimpin PKR dan Pas berhubung kenyataan Karpal Singh yang dilihatkan cuba mempersoalkan hak Raja-raja Melayu.

Selain Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang jelas tidak bersetuju tindakan Karpal itu, pemimpin Pas dan PKR yang lain hanya mengunci mulut untuk menyatakan pendirian termasuk Menteri Besar Perak sendiri, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin.

Hakikatnya, sokongan terhadap institusi raja berperlembagaan adalah sokongan yang merentasi semua kaum, jesteru kenyataan Karpal itu perlu dikaji untuk menjelaskan matlamat sebenar ia dikeluarkan.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment