PROTES BIJAK PKR: Dari kanan, Loy Sian, Zulkifli, Gopalakrisnan dan Tian Chua berbasikal untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat, semalam
Tahniah buat Ahli Parlimen PKR, Tian Chua (Batu), N Gobalakrishnan (Padang Serai), Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Baru) dan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan) yang telah berbasikal dari Bank Negara ke Bangunan Parlimen, semalam sebagai membantah kenaikan harga minyak.
Macam inilah baru bagus, kalau tak puas hati, tunjuk cara yang ‘betul’ untuk menunjukkan bahawa protes kita itu sebagai satu protes yang betul dan tindakan kita itu boleh dicontohi oleh mereka-mereka yang tidak berpuasa hati.
Baru nampak, pemimpin-pemimpin PKR itu sebagai `pemimpin rakyat’…. Oleh yang demikian, langkah dan tindakan berbasikal ke bangunan Parlimen oleh ahli-ahli Parlimen Pembangkang yang lain harus dilaksanakan segera. Baru kita boleh menunjukkan kesepakatan kita sebagai pembangkang dan mereka yang tidak berpuas hati dengan kerajaan.
Tindakan ini juga boleh diikut oleh ADUN-ADUN kita (Pembangkang) untuk turut membuat tindakan yang serupa untuk ke Dewan Undangan Negeri.
Baru betul, jangan setakat cakap sahaja tetapi kita tak buat tindakan dan cadangan yang betul untuk tunjuk pada kerajaan, inilah cara yang paling sesuai jika kita dah tak mampu nak isi minyak lagi.
Selepas ini, aku nak buka kedai basikal kat tepi Parlimen bagi menyenangkan ahli-ahli Parlimen Pembangkang beli basikal untuk memudahkan mereka ke Parlimen.
Aku tak kisah pasal aku boleh dapatkan AP Basikal dari Pengerusi Biro Putera UMNO, Datuk Azeez Rahim. Lepas tu bolehlah bagi diskaun kepada Ahli-ahli Parlimen atau ADUN Pembangkang untuk mereka beli basikal.
Buat ahli-ahli Parlimen atau ADUN dari BN yang tidak berpuas hati juga boleh buat tindakan yang serupa. Aku tak kisah…….

0 Komen