JANGAN MAIN BELAKANG

Anwar sekali lagi berada dalam keadaan dilema. Dituduh melakukan liwat terhadap pembantunya… Saiful Bahri. Sebagai seorang manusia bertamadun, bagi aku ini merupakan satu tuduhan yang amat kejam, melainkan Saiful benar-benar ‘ditikam’ dari belakang oleh majikannya.

Pada aku, Anwar tak perlu rasa takut dan malu. Bersedialah hadapi apa juga keadaan, kita sebagai seorang ahli politik, kitakan fighter. Kalau Anwar rasa benar-benar tidak bersalah dan tidak lakukan adegan kejam ‘tikam belakang’ terhadap Saiful Bahri, Anwar perlu keluar dari kedutaan Turki, buat laporan balas, saman Saiful Bahri …. Ini sahaja yang boleh buktikan bahawa Anwar bukan manusia ‘kaki main belakang’.

Yang juga menjadi persoalan, kenapa pihak PKR tergesa-gesa membuat sidang media Sabtu lalu pada jam 2 pagi. Kenapa perlu tergesa-gesa. Tidak ada hari esokkah sampai terpaksa buat sidang media di awal pagi, selepas beberapa jam Saiful Bahri buat laporan polis.

Walaupun aku ahli UMNO, tapi aku juga manusia. Aku tak naklah menyokong membuta-tuli, dan aku tidak menentang secara buta-tulis. Aku punya hati dan perasaan. Apa yang aku harapkan, pihak berkuasa terutamanya pihak PDRM jalankan tanggungjawab yang sebaik-baiknya. Buktikan dengan jelas bahawa Anwar bersalah atau tidak.

Buat penyokong-penyokong PKR, harapan aku agar kalian bersabar. Kita hadapi masalah ini bersama…. Doalah agar Allah bukakan pintu hati kita semua untuk kita menilai mana yang baik, mana yang buruk.

Jangan buat apa-apa tindakan yang tidak berfaedah. Kita boleh terima laporan polis Raja Petra terhadap Datuk Najib, kenapa kita tak boleh terima pula laporan terhadap Anwar Ibrahim. Kita bagilah peluang dan ruang kepada pihak penuche kita melaksanakan tanggungjawab mereka untuk siasat mana-mana individual yang terlibat dalam kes ini.

Jangan tutup pintu hati kita dengan sandiwara dunia ini. Tabahkan hati, biarlah pihak penuche buat siasatan dulu pada Brother Anwar bin Ibrahim. Kalau bro. Anwar tidak bersalah, beliau akin dibebaskan, tetapi kalau benar Anwar bersalah …. Ke mana hala tuju kalian nanti? Tepuk dada, tanya selera…. Jangan selera `main belakang’ sudahlah ….
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment