Jangan biarkan anak ini terus dengan ‘dunia’nya. Berikan nafas baru kepadanya dan rakan seangkatan dengannya, agar belia yang lahir di masa hadapan adalah belia yang berjaya dunia dan akhirat.
Biro Anti Dadah dan Gejala Sosial, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (BADGS-GPMS) menyambut baik langkah Kementerian Belia dan Sukan untuk memperkenalkan program Rakan Muda pada peringkat sekolah sebagai satu cabang baru dalam kokurikulum untuk membolehkan program itu lebih dekat dengan pelajar sekolah.
Sehubungan dengan itu, BADGS-GPMS berharap agar tindakan dan langkah segera diambil oleh Kementerian Belia dan Sukan bersama Kementerian Pelajaran supaya pelaksanaannya lebih tersusun.
Secara peribadi, saya melihat langkah tersebut ibarat `melentur buluh bermula dari rebungnya', di mana segala usaha untuk melahirkan generasi muda yang gemilang, generasi muda yang bebas dari gejala sosial bermula dari peringkat sekolah lagi, kerana di peringkat inilah golongan muda mudah terdedah dengan gejala tidak sihat, umpamanya rokok, dadah dan gejala sosial yang lain.
Jika golongan ini tidak mula didekati bermula di peringkat sekolah, kita yakin pelajar-pelajar yang mempunyai pendidikan sempurna akan berjaya dengan cemerlang dalam pendidikan mereka, namun mereka yang kurang cemerlang dalam pendidikan mereka, akan mudah terpengaruh dengan pengaruh rakan sebaya.
BADGS-GPMS memandang serius isu disiplin dan masalah sosial dikalangan pelajar-pelajar di sekolah-sekolah pada hari ini. Isu ini telah dibangkitkan berulang-ulang kali oleh pelbagai pihak namun ianya masih tidak dapat diselesaikan. Sehubungan dengan itu, semua pihak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk bersama-sama berganding bahu memerangi isu masalah disiplin dan sosial di kalangan pelajar sekolah.
Masalah disiplin dikalangan pelajar ini perlu dilihat dalam skop yang lebih besar jika ianya ingin diselesaikan. Beberapa elemen penting yang menjadi para pelajar tidak berdisiplin perlulah dikaji. Latarbelakang keluarga, suasana sekolah dan keadaan persekitaran mempengaruhi tindakan para pelajar untuk melanggar peraturan yang ditetapkan. BADGS-GPMS berpendapat peranan semua pihak diperlukan dalam memastikan permasalahan ini dapat dibendung.
Oleh itu, pendekatan Kementerian Belia dan Sukan untuk memperluaskan program Rakan Muda ke sekolah merupakan satu langkah terbaik untuk pelajar mendekatkan diri dengan aktiviti-aktiviti berfaedah. GPMS menyarankan akar Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pelajaran memperbanyakkan aktiviti yang boleh menarik minat golongan belia menceburinya.
Golongan belia khususnya pelajar sekolah perlu diberi suntikan baru dengan ‘disogok’kan program-program baru dan segar. Dalam masa yang sama, kementerian juga harus mencari alternatif yang boleh meransang minat belia menyertai aktiviti-aktiviti yang digemari mereka. Penerapan semangat "Yakin Boleh" dikalangan anak muda adalah amat penting bagi membentuk generasi pelapis yang mempunyai daya tahan yang tinggi dan daya juang yang kental.
Suntikan semangat kembara dan meneroka sesuatu yang baru amat penting bagi membentuk ketahanan mental dan fizikal yang kental bagi membolehkan mereka menghadapi cabaran environment pada masa hadapan. Semangat untuk menjadi perintis dalam sesuatu penerokaan baik di laut, gunung-ganang, hutan rimba, gua atau udara amat penting bagi membuktikan kepada masyarakat luar bahawa orang-orang Melayu khususnya generasi muda juga mempunyai keupayaan tinggi dalam pelbagai bidang.
Kita harus sedar, generasi muda merupakan golongan majoriti penduduk negara. Dijangkakan pada tahun 2020, penduduk yang berumur 15-39 tahun akan meningkat kepada 9.2 juta orang. Golongan ini mempunyai keupayaaan yang tinggi dari segi mental mahupun fizikal. Oleh itu, satu pembangunan yang sihat perlu diberikan supaya mereka menjadi manusia yang berilmu, beragama, bermoral tinggi, produktif, cergas, sihat dan bertanggungjawab.
Dalam konteks menuju perubahan inilah maruah dan martabat bangsa hendaklah dibangunkan secara gigih clan diperjuangkan secara global kerana kekuatan maruah dan martabat bangsa secara menyeluruh akan membawa impak kearah pembentukan bangsa dan tamadun yang lebih gemilang. Seluruh persiapan zahir dan batin perlu disediakan untuk generasi muda bagi membolehkan mereka menghadapi cabaran environment masa depan.
Oleh itu, anak muda hari ini perlu dibekalkan dengan ketinggian intelek, kepelbagaian kemahiran, bermaklumat intensif, kreatif seiring dengan kemantapan etika, moral dan penghayatan nilai¬-nilai mumi. Dengan memiliki ciri-ciri tersebut akan dapat melahirkan satu tenaga kepimpinan berkualiti, berkemahiran tinggi dan mantap bagi menjamin keamanan, kemakmuran dan kemajuan negara. - MOHD FAIZAL MOHD SALLEH

1:00 AM
Assalammualaikum …..
Kepada semua pendokong perjuangan GPMS, bukan mudah untuk mengembalikan semula kegemilangan perjuangan GPMS di hati masyarakat, khususnya kepada Pelajar Melayu, Melina GPMS sendiri kembali kepada asas perjuangan GPMS iaitu menperjuangankan nasib pelajar-pelajar Melayu.
Namun, apa yang GPMS dah buat selama satu penggal Reezal Merican ambil alih dari Suhaimi Ibrahim. Hakikatnya Reezal dah gagal mentadbir GPMS dengan baik…. Selaras dengan apa yang telah dijanjikannya sebelum jadi Presiden GPMS.
Lihat sahaja program-program yang telah dibuat oleh GPMS selepas Reezal jadi Presiden…. Hanya program-program yang mempunyai kepentingan peribadi dan hanya nak glamour sahaja.
Dengan meletakkan Jais Karim sebagai pemain utama…. Mengautkan keuntungan dari apa sahaja program-program yang dibuat olehnya, meletakkan GPMS sebagai agenda peribadi Reezal Merican demi menaikkan namanya sebagai pejuang Melayu.
Tuan-tuan dan puan-puan, pendokong perjuangan GPMS yang suci murni ini, fikirkanlah peranan kalian, adalah kalian hendak melihat sahaja kecurangan dan kemusnahan yang bakal dilahirkan oleh Reezal Merican dan geng mamaknya?
Buatlah sesuatu sebelum terlewat, dengan meletakkan semula GPMS di atas landasan yang sebenar, saya percaya GPMS mampu kembali dilihat sebagai platform perjuangan yang menjaga maruah dan kepentingan pelajar-pelajar Melayu.
Fikirkanlah sebelum terlewat!!!