PERKENAL MATA PELAJARAN SEKOLAH DI SEKOLAH RENDAH
Sekretariat Pembinaan Negara Bangsa Pergerakan Pemuda UMNO, akan mencadangkan mata pelajaran Sejarah diperkenalkan bermula di sekolah rendah bagi memastikan generasi muda benar-benar memahami asal-usul penubuhan Malaysia dan Perlembagaan negara.
Pengerusinya, Wan Azizi Wan Mohd, berkata cadangan itu adalah antara isu dibincangkan dalam mesyuarat pertama sekretariat yang berperanan memberi pemahaman terhadap generasi muda mengenai pembinaan negara bangsa.
"Kami mendapati masyarakat terutama generasi muda masih keliru asal-usul penubuhan Malaysia dan tidak memahami bagaimana Perlembagaan negara terhasil. Oleh itu, sekretariat mencadangkan mata pelajaran Sejarah perlu diperkenalkan sejak pada peringkat awal dalam sistem pendidikan kita.
"Kemungkinan juga kami akan mencadangkan mata pelajaran Sejarah disusun semula supaya generasi muda lebih memahami skop antaranya institusi beraja, hak keistimewaan Bumiputera, perpaduan kaum, malah mengenai agama rasmi negara.
"Beberapa cadangan lain juga akan diteliti bagi dibentangkan kepada Sekretariat Pusat yang dipengerusikan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk tindakan lanjut," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Sekretariat Pembinaan Negara Bangsa, di sini, semalam.
TAK SESUAI BELAJAR SEJARAH DI SEK. RENDAH
Kementerian Pelajaran mendapati cadangan mewujudkan mata pelajaran Sejarah kepada pelajar sekolah rendah kurang sesuai dilaksanakan kerana pelajar akan dibebani dengan proses pembelajaran asas yang terlalu padat.
Timbalan Menterinya, Datuk Razali Ismail, berkata pada peringkat sekolah rendah, tumpuan kepada pelajar hanya untuk menguasai perkara asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira. Namun, kementerian menyokong elemen itu tetapi bukan dengan mewujudkan mata pelajaran khusus, sebaliknya boleh diserapkan menerusi pendekatan bersepadu.
Antaranya menyerapkan fakta sejarah menerusi kegiatan kokurikulum atau mata pelajaran lain bagi memastikan pelajar seronok dengan apa yang diceritakan tanpa perlu bimbang untuk mengulang kaji mata pelajaran berkenaan. Apa yang penting pelajar mempunyai asas kukuh dan mereka bebas untuk bermain seiring usia mereka tanpa dibebankan dengan terlalu banyak elemen pembelajaran.
Razali berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Sekretariat Pembinaan Negara Bangsa Pergerakan Pemuda UMNO supaya mata pelajaran Sejarah diperkenalkan bermula di sekolah rendah bagi memastikan generasi muda benar-benar memahami asal-usul penubuhan Malaysia dan Perlembagaan negara.
Beliau berkata, pemahaman Sejarah juga boleh diceritakan guru pada sesi pembelajaran dengan menyelitkan unsur penceritaan pada mata pelajaran lain.

8:50 AM
Aku rasa.... GPMS dah lama dah minta kementerian pelajaran kaji agar matapelajaran SEJARAH diperkasakan.
Tapi senyap jer.
Ini bila Pemuda UMNO bersuara, baru ada respon dari Kem Pelajaran.