HUBUNGAN ANWAR-AS: Satu pengkhianatan terhadap kedaulatan Malaysia

Kecenderungan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) untuk mencampuri urusan dalam negara ini, khususnya berkenaan kes liwat Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadap pembantunya, Saiful Bukhari Azlan menimbulkan banyak persoalan mengenai hubungan pentadbiran AS dan Anwar.

Ketua Pemuda UMNO Melaka, Ashakari Abu Nor berkata, amaran pentadbiran AS untuk campur tangan dan membantah siasatan terhadap kes itu adalah ulangan kepada episod 1998 apabila pentadbiran AS, menerusi Madeline Albright dan Al-Gore juga cuba menyokong dan campur tangan di dalam menjayakan gerakan reformasi jalanan oleh Anwar dan PKR bagi menekan Kerajaan Malaysia.

Semua pihak, baik kerajaan mahu pun seluruh warga negara berdaulat ini tidak boleh memandang ringan terhadap hubungan erat AS dan Anwar sehingga memberi amaran dan mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Hubungan Anwar dan pentadbiran AS jelas bagaikan satu pengkhianatan kepada kedaulatan Malaysia. Apakah hubungan mereka? Apakah agenda AS dan peranan Anwar di dalam menjayakan rancangan mereka?

Oleh itu, Pemuda UMNO Melaka mendesak satu siasatan terperinci dilakukan oleh Polis dan pasukan keselamatan tentangan hubungan Anwar & pentadbiran AS. Malah siasatan itu juga boleh menjelaskan segala persoalan rakyat terhadap Anwar, mahu pun menjelaskan kedudukan sebenar Anwar dengan pentadbiran AS.

Jika tidak masyarakat akan terus menerus menyaksikan sifat dan sandiwara Anwar yang setiap kali menerima tuduhan sibuk menggunakan media dan ceramah umum, bukan platform mahkamah. Siasatan Polis diperkecilkan.

Sebaliknya Anwar sentiasa meraih simpati orang ramai, tanpa menjawab soalan, dia akan mengalih tumpuan ramai, memutarbelitkan kenyataannya sambil memprovokasi, menuduh dan mendakwa kebenaran pihak lain.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment