TOLAK BUDAYA FITNAH MELALUI AKUAN BERSUMPAH: GPMS

GPMS ingin menyatakan kerisauan dan rasa kesal yang cukup mendalam dengan gejala fitnah yang menular di kalangan masyarakat Malaysia kebelakangan ini. Lebih merisaukan lagi adalah trend dan kecenderungan sesetengah individu untuk menggunakan 'Akuan Bersumpah', yang dinaungi oleh Akta Akuan Berkanun 1960 untuk menyebarkan budaya fitnah yang merosakkan.

Presiden GPMS, Dato' Reezal Merican Naina Merican berkata, tanpa mahu mengganggu proses dan prosedur penyiasatan, apa yang berlaku terhadap YAB Dato' Seri Najib Tun Razak beberapa hari kebelakangan ini adalah suatu trend yang mengundang resah dan kerisauan rakyat.

Wujud kemungkinan, akuan bersumpah menjadi alat permainan politik (political apparatus) pihak berkepentingan untuk menimbulkan rasa syak wasangka yang boleh mengundang rasa tidak tenteram di kalangan rakyat. Ini diperjelaskan lagi dengan sikap 'sorong-tarik' pihak tertentu dalam membuat kenyataan yang dikatakan 'bersumpah'.

GPMS menggesa agar pihak berwajib melakukan penilaian semula tentang kesan Akta Akuan Berkanun 1960 ini secara keseluruhannya. Ini bagi mempastikan tidak wujud ruang untuk akuan bersumpah menjadi alat kepada pihak tertentu untuk menyebarkan fitnah secara membuta tuli. Seharusnyalah, beberapa pihak yang berkait dengan pernyataan dan akuan bersumpah juga turut disiasat kerana mendorong perakuan palsu yang merosakkan.

Kita tidak mahu FITNAH dihalalkan hanya kerana ianya dinaungi oleh terma 'akuan bersumpah'.

Walaupun akta yang sama memperuntukkan hukuman kepada mereka yang membuat perakuan dan pernyataan palsu - bentuk hukuman tersebut perlu juga dinilai semula dalam konteks dan suasana semasa. GPMS khuatir, jika tidak diambil tindakan yang segera - gejala fitnah seperti ini mengundang suasana politik yang serba tidak sihat dan huru hara. Kita tidak mahu menjadi masyarakat yang 'serba berselirat dengan fitnah' dan tuduhan yang tidak konsisten dan nyata palsu.

Perlu ada pendekatan yang berani dan berpandangan jauh untuk menghalang penyebaran fitnah dengan kaedah 'akuan bersumpah' seperti ini. Kita tidak mahu menjadi bangsa yang serba berselirat dengan fitnah - dan akhirnya mengenepikan kepentingan membina negara-bangsa dalam erti kata yang sebenarnya. Bukan sahaja imej pemimpin yang ingin diperlekehkan - malah rasa hormat orang kepada bangsa kita juga akan merudum sekiranya budaya ini dibiarkan terus berleluasa. Tidak ada bangsa dan tamadun hebat dunia yang terbangun melalui fitnah.

GPMS menggesa Dewan Rakyat memperhalusi sebijaksana mungkin agar Akta Akuan Berkanun 1960 disemak semula untuk kebaikan pembangunan negara-bangsa dalam jangka masa panjang.

Dalam kes akuan bersumpah P.Balasubramaniam, GPMS menggesa agar tindakan sekeras-kerasnya diambil bukan sahaja kepada pengadu, malahan kepada semua mereka yang mendorong agar dirinya digunapakai sebagai penyebar fitnah. GPMS cukup yakin, motif dan niat politik menjadi akar kepada usaha tersebut.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Kalau sudah bertalu-talu laporan polis dan akuan bersumpah, orang pun naik menyampah.

    Tapi Zaid belum bunyi apa-apa lagi. Selalu beliau cepat menjawab. Masa beliau pantas dan tangkas tentu sergah beliau ialah "kenapa main-main dengan akuan bersumpah? Ingat perundangan dan kehakiman Malaysia macam wayang ka?"

    Zaid adalah Menteri penuh tanpa perlu melalui rasa cemas dalam pilihanraya. Zaid sangat beruntung.

    Sebarang kata-kata dari Zaid sangat-sangat dialu-alukan. Mana tau, kemelut Malaysia boleh reda...

Post a Comment