Berita dari Dewan Rakyat:
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mencabar Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong supaya mengulangi tuduhan bahawa beliau ada kepentingan di dalam AirAsia Berhad (AirAsia) dan syarikat pegangan pelaburan, FajarBaru Builder Group Bhd (FajarBaru) yang berpangkalan di Rembau di luar Dewan Rakyat supaya tindakan undang-undang dapat diambil ke atas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Beliau berkata, Wee juga boleh membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi membolehkan badan itu menyiasat dakwaan itu.
"Jangan hanya berani membuat dakwaan di dalam Dewan Rakyat, kalau berani ulangi tuduhan itu di luar dewan. Jangan guna kekebalan Parlimen dengan membuat tuduhan palsu dan tidak berasas," katanya sebelum membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Dewan Rakyat.
Sebelum itu, Wee dalam perbahasannya mempertikaikan Kementerian Kewangan kerana membabitkan diri dalam perkara berkaitan hutang AirAsia RM113 juta kepada Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB) yang tertunggak sejak 2002.
Beliau juga menyebut mengenai 'kawasan menantu tertentu' ketika menyentuh mengenai FajarBaru berpangkalan di Rembau.
Khairy yang mengakui Wee sering menyerangnya tanpa bukti ketika berbahas di Dewan Rakyat, berkata beliau terpaksa memberi penjelasan mengenai tuduhan itu.
"Saya ingin menegaskan saya tidak ada kepentingan dalam AirAsia atau dalam mana-mana syarikat yang terbabit dalam pembinaan Terminal Pesawat Tambang Murah (LCCT) di KLIA dan tidak mendapat apa-apa faedah daripada syarikat ini.
"Oleh itu, saya cabar wakil rakyat Wangsa Maju membuat laporan BPR atau kemuka bukti kukuh, ulang (tuduhan) di luar dewan agar saya boleh ambil tindakan undang-undang. Jika tiada bukti kukuh, saya anggap beliau sebagai penipu dan Wangsa Maju (Wee) patut duduk diam daripada memalukan dirinya," katanya.
Komen aku: inilah masa yang paling sesuai untuk YB Wangsa Maju membuktikan bahawa beliau berani kerana benar. Benar pasal KJ mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu dalam syarikat yang beliau dakwa sebelum ini.
Kalau tak, YB Wangsa Maju hanya sekadar ‘sampah’, yang hanya berani buat tuduhan palsu tanpa fakta dan bukti yang jelas.
Jika takut dilambung ombak, jangan berubah di tepi pantai. Lawan tetap Lawan lah YB......

0 Komen