PERALIHAN KUASA 2010: Realiti atau fantasi?


2 tahun lagi. Jun 2010 akan menjawab segala pertanyaan, bermimpikah Dato’ Najib untuk mengepalai UMNO dan BN, atau pada Jun 2008, Dato’ Najib benar-benar akan mengetuai UMNO dan BN, bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat khususnya orang Melayu terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Walaupun Pak Lah telah umumkan tadi, bahawa peralihan kuasa akan berlaku antara beliau dan timbalannya pada Jun 2008, namun ramai lagi yang masih meragui kejujuran kenyataan Pak Lah.

Benarkah Pak Lah akan serah pada Najib? Kita pun dah beberapa kali dimainkan oleh kenyataan-kenyataan Pak Lah. – Ingat tak Jambatan Bengkok dulu, beberapa kali Pak Lah kata yang Pembinaan Jambatan Bengkok akan diteruskan .... akhir sekali, apa dah jadi? Begitu juga PRU-12, sehari sebelum pak Lah bubarkan parlimen... apa dia kata. Tup-tup! Parlimen bubar....akhirnya kita yang mengelepar....

Itulah kata-kata dan luahan pemerhati, orang-orang dan pencacai politik yang memenuhi Riverside, Pan Pac dan di sekitar kedai-kedai kopi di The Mall, hampir keseluruhan yang aku jumpa hari ini meragui kejujuran kenyataan Pak Lah.

Mengapa jadi begini.... ? Cuma apa yang aku harapkan sebagai ahli parti, mengharapkan agar kenyataan Pak Lah hari ini akan mengubat kegusaran di kalangan ahli-ahli parti mengenai kemelut politik UMNO sejak kebelakangan ini.

Selepas ini, kita semua hendaklah kembali meletakkan perjuangan UMNO melebihi segala-galanya. Sudah tiba masanya kita melupakan kemelut yang terjadi sebelum ini, sudah tiba masanya untuk kita berjuang mengembalikan semula keyakinan rakyat dan orang Melayu kepada UMNO dan BN.

2013- ujian sebenar kepada kepimpinan baru. Jika Najiblah yang akan menerajui dan mengepalai barisan ini, berikanlah segala komitmen kita. Bukan pada 2013, tapi mulai hari ini kita harus memberikan sokongan dan komitmen kepada Dato’ Najib dan kepimpinan yang ada hari ini.

Tepuk dada tanyalah hati? Jangan Tanya apa yang UMNO dan BN bagi pada kita, tapi tanyalah apa sumbangan kita pada UMNO dan BN.

Tapi yang paling penting, adakah peralihan kuasa 2010 nanti- sebuah realiti atau fantasi. Mampukah Dato’ Najib tidur lena malam ini atau semakin tidak tenteram hatinya memikirkan 2010. ....
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment