SANDIWARA ATAU PERMAINAN POLITIK ANWAR?

Apa lagi permainan dan sandiwara yang cuba dimainkan Anwar Ibrahim selepas ini. Selepas berjaya menimbulkan cerita LIWAT yang dilihat cuba membersihkan namanya dengan tuduhan ‘kaki bontot’, dan mengaitkan beberapa nama ahli Parlimen BN dari UMNO untuk menyertai PKR.

Dalam hal ini, saya melihat dari dua perspektif:

1. Kenapa UMNO dan BN perlu mewujudkan konspirasi ini….. Sedangkan kita sedar konspirasi bodoh sebegini hakikatnya tidak mendatangkan keuntungan dan faedah kepada UMNO dan juga Barisan Nasional. Saya percaya, pada 1998 ketika DSAI dituduh sebegini (tak kira betul atau tidak), ketika itu kita melihat rakyat bangkit menentang kerajaan dan UMNO, ketika itu UMNO berpecah-belah dan saya amat percaya bahawa UMNO atau BN tidak akan mengulangi perkara yang sama, dalam keadaan UMNO pada hari ini yang tidak stabil dan banyak kerusi dimenangi oleh pihak pembangkang.

Saya percaya jikalau konspirasi ini dirancang oleh UMNO atau BN, maka amatlah bodoh mereka kerana isu ini akan menaikkan cameraman rakyat dan memberi keuntungan besar kepada Brother Anwar Bin Ibrahim.

Saya yakin dan percaya ini bukan konspirasi dari UMNO mahupun BN, jadi saya membuat kesimpulan iaitu ada dua kemungkinan sahaja.

Konspirasi ini didalangi sendiri oleh DSAI kerana ingin mengembalikan semula sokongan rakyat kepada PKR di mana kebanyakan negeri yang diperintah Pakatan Pembangkang khususnya yang ditadbir PKR iaitu Selangor mengalami masalah dalaman yang amat serius, dan keduanya DSAI takut dengan janjinya yang mana dia mengatakan bahawa pada 16 September 2008 ada penghijrahan besar-besaran dari BN ke Pakatan Pembangkang, dan realitinya perkara tersebut menemui jalan buntu, sedangkan DSAI telah berjanji dan mengesahkan pada rakyat….. Bahawa dia bakal Perdana Menteri ke-5 pada 16 September ini.

Ini terbukti apabila Pengerusi SAPP, Datuk Yong Teck Lee yang memainkan peranan tidak mendapat sambutan dari Ahli Parlimen BN yang lain. Rata-rata kita lihat isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Pembangkang berhubung ISA, kenaikan harga barang dan minyak tidak mendapat sambutan dari rakyat, hanya segelintir fanatik pembangkang sahaja terus-menerus menyokong isu-isu yang mereka sendiri mainkan untuk kepentingan politik sempit mereka.

Jadi konspirasi isu LIWAT yang ditimbulkan oleh Saiful Bahari baru-baru ini benar-benar satu konspirasi HEBAT DSAI semata-mata untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada DSAI dan semata-mata untuk membersihkan namanya sebagai ‘kaki bontot’.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment