Angkara Futsal... kempunan naik Ledang

Salam.

Dah lama aku tak naik Gunung Ledang, jadi minggu lepas aku dah berangan-anganlah nak naik atau paling tidak pun, dapat mandi manda kat Kaki Gunung Ledang.

Jadi... Rancanglah nak naik Ledang hari nie, namun hanya tinggal harapan selepas tercedera main futsal Rabu lalu.

Lutut aku bengkak, nak jalan pun pakai tongkat. Apalah punya nasib, ingatkan masih hebat macam muda-muda... Rupanya dah tua dah.

Ingatkan nak buat medical check up, takut2 kaki aku tercedera macam Torres, nanti susah plak aku nak main bola lagi.

Tapi bila terfikirkan cerita Azmir yang turut tercedera sebelum ini, bagaimana kena operation, kena duduk dalam wad 2-3 hari, tak sanggup aku nak hadapi situasi macam tu.

Takpelah, aku harap program ERA anjuran GPMS Unisel Shah Alam tahun depan, jadi kenyataan. Jadi tak 'kempunanlah' aku nak naik Ledang lagi.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment