Lokman Noor Adam

Nielah kawan lama aku, Lokman Noor Adam. Orang yang bertanggungjawab bawa aku dalam UMNO, tetapi selepas aku masuk UMNO,…. Dia ‘meninggalkan aku’ dalam perjuangan UMNO.

Ketika itu, aku kerja wartawan di sebuah akhbar tabloid. Aku berkesempatan ikut Lokman ke UMNO bhg Kluang, kalau tak silap aku dia ketika itu AJK Pemuda UMNO Bahagian Kluang.

Namun `Reformasi Anwar’ pada tahun 1998 membawa sekali Lokman keluar dari UMNO, tapi Alhamdulillah, selepas 10 tahun, semalam aku berkesempatan berjumpanya ketika dia ke pejabat atas urusan tertentu.

Kini, selepas kembali ke dalam UMNO, beliau bersama UMNO bahagian Shah Alam, meneruskan perjuangan untuk membela agama, bangsa dan Negara. Beliau turut menawarkan diri untuk bertanding jawatan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, pada pemilihan Mac ini.

Semoga berjaya buat Lokman.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

9 Komen

  1. Lokman ialah seorang anak muda yang cekal perjuangan. Selamat berjaya Lokman!

  2. Lokman perlu buktikan kesetiaannya pada parti. Lokman perlu buktikan perjuangannya demi agama, bangsa dan negara.

    Aku juga nak tengok, rakan-rakan seperjuangan dan 'penjilat-penjilat bontot Anwar' sebelum ini yang sedar siapa Anwar untuk kembali ke pangkal jalan dan kembali berjuang bersama UMNO.

  3. Aku yakin Lokman boleh membuktikan kesetiaannya pada UMNO dan tidak mengulangi kesilapannya sebelum ini sewaktu bersama Anwar Ibrahim.

    Buat ahli UMNO yg setia bersama UMNO selama ini, bagilah peluang kpd Lokman.

    Kesepakatan kita akan memberi lebih sinar kpd perjuangan UMNO.

    Terima kasih buat ahli yg setia bersama UMNO selama ini.

  4. Anonymous
    1:24 PM

    sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan.. nasi belum menjadi bubur..teruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara

  5. Anonymous
    10:07 PM

    bAGUS,sama2 kita berjuang untuk UMNO..tapi, saya sampai ari ni pun tertanya-tanya dlm diri saya ,apa misi dan visi akhir kita(UMNo)setakat memperjuangkan negara ke..kenapa kita tak bw masuk unsur2 islamic byk dlm UMNO..barulah org lain tak nmpak umno ni tak pertahankan Islam..biaar org nampak UMNO, nampak Islam jg..tak la nampak P** je baru nampak Islam

  6. Anonymous
    12:10 PM

    masih terbayang-bayang keletah sahabat saudara yang satu ni ..
    bingkas bangun mengatakan 'BOHONG' semasa YABhg Tun Dr. M yang sangat saya sanjungi dan kasihi menyampaikan amanatnya di Dewan Merdeka PWTC satu waktu dahulu..

  7. Anonymous
    8:32 AM

    Munawar Anees said unequivocably that Mahathir is an absolute liar. Could Lokman have called Mahathir with similar gusto? Im sure the likes of Lokman and Ezam would be able explain to you why they have returned to a post-Mahathir UMNO. I find your insinuation an utter naivete.

Post a Comment