DEMI UMNO- JANGAN JADI ASKAR UPAHAN

Kita harus sentiasa ingata bahawa Parti UMNO dilahirkan atas himpunan semangat kebangsaan Melayu yang tulen untuk memperjuangkan kebebasan, keadilan dan kesejahteraan masyarakat, khususnya Orang Melayu. UMNO mengamalkan prinsip demokrasi, bukannya sistem diktator ataupun kuku besi. UMNO sentiasa mengutuk penindasan dan penyelewengan kuasa, ataupun mereka-mereka yang GILA KUASA. UMNO mendapat kuasa pemerintahan negara melalui undi dari rakyat, bukannya menerusi ugutan dan rasuah.

Pendekkata, UMNO adalah parti yang ditaja oleh rakyat. Ini bermakna kita bukanlah ditaja oleh golongan atau pemimpin-pemimpin tertentu yang mempunyai niat yang tidak baik, niat yang terpesong dari falsafah perjuangan sebenar UMNO. Sedarlah, sedarlah tuan-tuan dan sidang perwakilan, sedarlah bahawa, perjuangan yang ditaja dengan wang ringgit atau lebih mudah saya katakan, rasuah politik, ia bukan sahaja akan mendatangkan kesan kepada pengamalnya, tetapi lebih teruk lagi ia akan mendatangkan kesan yang cukup buruk kepada UMNO itu sendiri.

Sanggup kita kita mengadai UMNO semata-mata permainan wang ringgit ini? Sanggupkah kita melihat UMNO hancur, UMNO lemah dek permainan politik wang yang berlaku pada hari ini?

Oleh itu, kita jauhkan diri kita daripada menjadi calon tajaan berlandaskan wang ringgit semata-mata. Jauhkan diri dari menjadi calon bagi kepentingan kelompok atau pemimpin-pemimpin tertentu dan jauhkan diri dari politik sempit mereka yang berkepentingan diri sendiri, bukannya perjuangan yang berlandaskan falsafah perjuangan UMNO.

Kita juga harus melihat amalan politik wang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi. Budaya politik wang tidak memberi kesaksamaan kepada setiap ahli mendapat peluang yang sama dalam parti. Politik wang akan membawa UMNO kembali kepada amalan di zaman Jahiliah- yang kaya menggunaan kekayaan untuk menjadi Tuan, sementara yang miskin bakal menjadi hamba suruhan. Malah lebih malang lagi, jika tuan yang dimaksudkan itu terdiri daripada golongan bangsa lain. Atas suara dan semangat demokrasi, setiap ahli UMNO di semua peringkat harus berpegang tegas dan menyokong penuh usaha pimpinan parti untuk membersihkan UMNO dari amalan buruk ini, ibarat kata peribahasa melayu: Jika salah sebatang dicabut, salah serumpun dibongkar, salah separuh dirambah.

Saya berharap supaya setiap seorang ahli UMNO tidak mengizinkan diri kita untuk menjadi askar upahan semata-mata wang ringgit. Kita perlu sentiasa ingat bahawa perjuangan kita hari ini bukan sekadar untuk memenuhi kepuasan nafsu kuasa diri kita sendiri, tetapi kepuasan ahli-ahli dan keseluruhan masyarakat yang kita wakili pada hari ini.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

7 Komen

  1. pagi tadi saya menghadiri persidangan pemuda UMNO bahagian Jasin apa yang saya lihat kami pemuda tergamam melihat begitu hebatnya tsunami MUKRIZ melanda Jasin, tahniah untuk perwakilan "berani berubah".

  2. Apa sahaja keputusan atau tsunami yang brlaku di bawah sana, ia merupakan kehendak akar umbi.

    Jangan kita sekat kehendak dan pandangan akar umbi. Sudah tiba masanya, pemimpin atasan pandang semula ke bawah melihat kehendak dan kemahuan ahli di akar umbi.

    Selamat berjuang untuk semua.

  3. This comment has been removed by the author.
  4. Tapi kan sahabat...orang UMNO sejak dulu dah diajar dengan wang...itu la masalahnya. Tengok, apa saje program dengan pemimpin....takde duit..tak nak pegi...itu la sikap orang UMNO...
    Kalau majlis berbuka pose sekalipun....bila dengar takde angpau...tak nak datang...itu la sikap orang UMNO yang mata duitan

  5. Anonymous
    11:43 AM

    Aku adalah pengundi tegal PAS di PULAU PINANG. Aku ingatkan dengan kemenangan PAKATAN RAKYAT, maka rakyat akan menikmati pelbagai janji-janji yang telah ditaburkan pada manifesto PKR, PAS dan DAP.
    Malangnya ¡­bukan itu yang aku dan penyokong PAKATAN dapat¡­

    Sebagai anak MELAYU jati PULAU PINANG­.. aku sangkakan perubahan
    pemerintahan dari GERAKAN kepada DAP akan memberikan sedikit ruang
    bagi orang Melayu di bumi mereka sendiri. Tetapi .. dengan hanya 2
    wakil orang melayu yang berada dalam barisan EXCO, apa yang boleh
    dilakukan oleh depa ooiiii. Jangan kata nak tambah bajet untuk orang
    melayu mengembangkan Islam ­.. yang tengah berlaku la nih peruntukkan 7 Juta bagi pengembangan Ugama ISLAM telah mula dibahagikan sama rata dengan agama-agama lain¡­ demi menyahut kesamarataan. Apa dah jadi nihhhhhhhhh­. Kalau dulu GERAKAN tak boleh lakukan ini semua, tetapi LIM GUAN ENG - manusia yang penuh dengan putar belit macam bapanya­ dengan amat mudah memperdayakan rakyat PULAU PINANG. Aku tak boleh terima benda ni semua.

    Dimana PAKATAN RAKYAT yang lain???Tak kan menunggulkan diri jek­ kemut takut jawatan terlepas­ macam tu la bila kadok dah naik junjung­.
    Atau masih dalam mimpi.. tak percaya macam mana PAKATAN RAKYAT boleh menang PRU yang lalu. DAP terus dengan politik ala SINGAPURA nya­..

    Belum apa-apa­ hadiah seterusnya oleh kerajaan baru DAP kepada
    pengundi mereka ialah memansuhkan DEB (Dasar Ekonomi Baru)­.

    Bukankah ini satu-satunya senjata yang dimiliki oleh kaum Melayu
    dalam memastikan orang Melayu boleh duduk dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain. Kalaula konsep `open tender'.. ingat orang
    melayu leh masuk ka??¡­.Tak yah nak bohong aku la¡­.. setahu aku la­
    orang Melayu nih Cuma pandai berpolitik¡­. Untuk berekonomi.. minta maaf la ­. Bila dah tak ADA DEB untuk pertahankan hak orang
    melayu¡­¡­ masa itu¡­ barulah nampak bagaimana niat jahat DAP dalam
    memastikan orang MELAYU merempat di negeri sendiri. Bagi aku
    GERAKAN dan DAP tak ada beza apa pun. Agenda mereka sama memastikan PULAU PINANG menjadi negara SINGAPURA kedua.

    Lepas ni aku tatau lah apa nak jadi ngn orang MELAYU macam aku kat
    PULAU PINANG. Lepas satu ¨C satu, LIM GUAN ENG nak buat bagi
    memastikan rakyat melayu terus dan terus terpinggir di negeri sendiri.

    Aku tengok ¡­. Apa jua keputusan oleh kerajaan negeri di bawah
    PAKATAN RAKYAT adalah tidak tepat sama sekali. Di PERAK¡­ kemenangan
    PAKATAN RAKYAT disambut dengan penyerahan tanah dan perumahan Kampung
    Baru kepada kaum CINA. APAAA???¡­ orang MELAYU miskin tak ada ka kat
    sana. Kalau nak jadi MB PERAK.. pas tu dok kena cucuk idung dengan
    EXCO DAP­.. aduh abis la MELAYU di PERAK.

    Kerajaan SELANGOR lagi kelam kabut. Hadiah kemenangan kepada rakyat negeri SELANGOR adalah meluluskan Projek Penternakan BABI sebanyak RM 100 Juta. Mak ehhhhhh¡­. Bukan kecik belanja tuu¡­.. Lepas nih kalau aku nak ke KLIA.. kena berhati-hati melalui kawasan pengeluar Babi yang terbesar di ASIA.

    Tahniah rakyat SELANGOR¡­. Itu ker manifesto PAKATAN RAKYAT????

    Tak cukup dengan itu¡­¡­MB membuat kenyataan tidak akan memberikan
    keutamaan kepada setingan-setingan. Mana boleh jadi macam nih¡­¡­.. bukankah pengundi-pengundi yang memberikan kemenangan kepada calun PAKATAN RAKYAT­.. sampai tukang ambil photo pun boleh menang.. bukan BABI.­ Bukankah pembangunan rakyat, modal ehsan, masalah setingan, masalah kilang, masalah sosial, masalah kesesakan­. banjir menjadi agenda utama dalam mengisi kemenangan ini.???¡­. Aku nampak .. MB SELANGOR ini takut pada tuntutan DAP­. Nasibla­ korang rakyat SELANGOR.

    Berbalik kepada diri aku. Aku kini nampak¡sejelasnya¡­ .. PAS tak boleh bersekongkol DAP­.dulu ..kini ..dan selamanya¡­..

    Harap-harap PAS sedarlah bahawa bersekongkol dengan DAP akan merugikan ISLAM dan Melayu kini dan Selamanya

  6. Apa yang dah jadi, tetap satu realiti yang tidak boleh dinafikan.

    Oleh itu, sama ada untuk memastikan UMNO terus relevan atau tidak, bergantung kepada ahli-ahli UMNO itu sendiri.

    itulah yang saya katakan sebelum ini, Beranikah kita untuk berubah?

  7. amalan yang dibawa oleh ahli UMNO sendiri adalah punca yang menggalakkan mereka terus menjadi askar upahan.
    Demi wang ringgit.....bagi je arahan...kompom buat punya..sapa yang bagi lebih...maka dia lah yang akan diangkat....
    zaman sekarang tak macam dulu dah....kepala agung ( duit ) menjadi keutamaan...bukannya perjuangan....

Post a Comment