Urusetia Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kini terus memantau secara terperinci setiap bantahan dan rayuan yang diterima daripada pelbagai peringkat Pemuda UMNO berhubung persidangan Pemuda Cawangan yang telah berlalu dan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian yang sedang berlangsung di seluruh negara. Sehingga kini lebih daripada 50 bantahan dan rayuan diterima di seluruh Negara dan lebih 50% daripada bantahan dan rayuan tersebut telah diselesaikan samada di peringkat Bahagian, Negeri dan Pusat.
Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, YB Dato’ Rahman Datuk Dahlan berkata, penelitian dan keputusan semua bantahan dan rayuan bermula di peringkat Bahagian dan sekiranya perlu akan diangkat ke peringkat Perhubungan UMNO Negeri dan Pusat.
Dengan kerjasama semua pihak, kami yakin penilitian dan keputusan terhadap bantahan dan rayuan tersebut dapat dilaksanakan secepat mungkin demi kepentingan parti.
Setiap proses penelitian dan keputusan dilaksanakan berdasarkan Perlembagaan UMNO, peraturan dan tataetika UMNO yg sedia ada.
Pada masa yang sama, kami menasihati semua ahli-ahli terus mengekalkan tatasusila dan disiplin yang tinggi. Adalah diharapkan semua pihak akan dapat memberikan kerjasama untuk mempastikan kelancaran semua urusan mesyuarat selaras dengan perlembagaan, peraturan dan tataetika parti tunjang negara ini.
Bersama-samalah kita melaksanakan amanah parti dengan penuh amanah, berhemah dan semangat kekeluargaan.
”Setakat ini, semua mesyuarat berjalan lancar dan tertib. Hanya beberapa bantahan dan aduan berkenaan yang nampak serius, tetapi kami yakin ianya akan dapat diselesaikan dengan penuh semangat demokrasi dan kekeluargaan”.

1:55 AM
Dengarnya, Rahman Dahlan@orang kanan KJ nie kalah bertanding Timbalan Ketua Bahagian Tuaran?
Betul ke bro? patutlah beriya-iya sangat nak pantau isu tidak puas hati persiandangan bahagian, nanti senang dia nak celok untuk beri kemenangan percuma pada dia nanti...
hahahaha... tulah, dah sampai masanya kita 'BERANI BERUBAH'. Jangan dok sibuk setiakawan, sebab kawan-kawan nie banyak yang kawan masa senang, masa susah semuanya berterabur.
Kini dah kena batang hidung sendiri, baru padan muka.
8:08 AM
Bertandinglag dengan sihat. Kalah dan menang adat pertandingan.
Cuma, bila dah habis lawan .... yang menang bawa yang kalah untuk bersama dalam perjuangan, dan yang kalah, jangan jauhkan diri dari perjuangan.
Paling penting, jangan 'main belakang'.