Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung melihat saranan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi supaya matapelajaran sejarah dijadikan subjek wajib di peringkat sekolah rendah bagi memastikan generasi muda mempunyai kefahaman mendalam tentang sejarah, sebagai satu saranan dan pandangan yang harus diambil tindakan segera oleh pihak berwajib.
Sehubungan dengan itu, GPMS mengesa Kementerian Pelajaran Malaysia memperkasakan semula mata pelajaran sejarah di kalangan pelajar termasuk memperkenalkannya di peringkat sekolah rendah dan menjadikannya mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan utama.
Ini penting dalam usaha mempertingkatkan semangat patriotisme di kalangan pelajar selain memberikan kefahaman kepada mereka terhadap sejarah tanah air. Sudah sampai masanya perkara itu diberikan pertimbangan sewajarnya berikutan pembabitan golongan pelajar dalam anasir negatif termasuk demonstrasi jalanan.
Hal ini berlaku kerana mereka kurang memahami, apatah lagi mahu menghayati sejarah tanah air kerana mereka adalah rakyat yang hidup selepas zaman kesusahan terutama ketika perang dahulu.
Mereka kurang didedahkan dengan sejarah susah payah menuntut kemerdekaan dan membangunkan negara selepas kemerdekaan sehingga membolehkan menikmati sesuatu yang hebat hari ini.
Kewajaran mata pelajaran sejarah diperkenalkan di peringkat sekolah rendah penting kerana murid sekolah rendah perlu diberikan lebih banyak pendedahan khasnya mengenai tokoh-tokoh penting negara sebelum merdeka yang telah meletakkan perpaduan dan bertolak-ansur sebagai fomula teras di dalam memerdekakan Tanah Melayu seperti Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lok dan VT Sambantan.
GPMS juga mencadangkan agar Kajian Sejarah yang kini hanya melibatkan pelajar-pelajar tingkatan satu hingga tiga diperluaskan kepada pelajar-pelajar tingkatan empat hingga enam bagi memberikan peluang seluas-luas kepada mereka untuk membuat kajian serta penyelidikan mengenai fakta-fakta yang mereka pelajari di dalam mata pelajaran sejarah.
Demi memastikan pelajar-pelajar menghayati serta menilai sejarah khasnya yang berkaitan dengan negara, GPMS juga mencadangkan agar Kementerian Pengajian Tinggi mensyaratkan setiap pelajar mestilah lulus di dalam mata pelajaran sejarah sebagai syarat untuk memohon ke IPTA dan menjadikan mata pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran wajib di semua IPTA.
Dengan cara ini ini GPMS yakin ia juga akan dapat menyuntik semangat cintakan negara di kalangan pelajar selain memupuk kesedaran yang tinggi agar mereka tidak terjebak dengan gejala yang merugikan dan seterusnya bakal membawa kesan jangka panjang yang sangat positif terhadap golongan pelajar dan generasi muda negara ini.

2:48 AM
Kata George Santayana, seorang ahli fikir Barat,”Mereka yang tidak belajar daripada sejarah akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali”.
2:12 PM
asalamualaikum. dulu saya tidak faham mengapa kalau pelajar dari aliran sastera nak belajar undang-undang perlu lulus sejarah. dan hari ini , saya faham mengapa.
3:42 PM
KENYATAAN MEDIA REEZAL MERICAN
Presiden GPMS
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ingin menyatakan sokongan penuh dengan cadangan untuk memperkenal subjek Sejarah sebagai matapelajaran di Sekolah Rendah. GPMS pernah sebelum ini menyatakan perkara sama - tetapi lebih menjurus kepada kemungkinan menjadikan subjek Sejarah sebagai matapelajaran teras wajib lulus di peringkat sekolah menengah.
Subjek Sejarah dirasakan menjadi semakin penting ketika mana kita sedang mempersiapkan generasi yang mampu bersaing di peringkat global. Hanya dengan 'gerak rasa sejarah' (sense of history) yang tepat dan jujur; generasi baru Malaysia dapat mempunyai minda yang serba utuh untuk berhadapan dengan cabaran semasa.
Dengan hakikat bahawa sistem pendidikan kita sudah terjarak dengan kewujudan aliran sekolah yang pelbagai - GPMS cukup yakin subjek Sejarah mampu membina 'jambatan hubung' antara kaum yang lebih positif dan jujur. Pengenalan subjek ini akan mampu sedikit sebanyak dapat menjajar semula hubungan antara kaum yang kian menjadi isu mutakhir ini.
Kalaupun mungkin tidak sebagai subjek yang berdiri sendiri, GPMS suka mencadangkan agar matapelajaran sejarah dibangunkan secara 'integral' dan bersepadu dengan subjek yang sudah tersedia ada di sekolah rendah. Apa yang lebih penting, kita tidak mahu apresiasi sejarah ini hanya berlaku di peringkat yang terlalu lewat - ketika mana sudah terbina tembok fikrah perkauman yang terlalu menjarak.
Memang benar, kita tidak mahu menambah beban dan tekanan kepada pelajar sekolah rendah - namun pengenalan subjek sejarah secara interaktif; dengan menggunakan platform kemajuan ICT sedia ada di sekolah-sekolah pastinya mampu disuai manfaatkan.