BERITA DARI PEMUDA LEMBAH PANTAI




Aku dah tak larat nak update malam tadi, selepas persidangan Pemuda UMNO bahagian Lembah Pantai, yang menyaksikan Ketua Pemuda Cawangan aku, Sazali Kamilan secara rasminya ditabalkan sebagai Ketua Pemuda UMNO bahagian yang baru bagi mengantikan Norazmi Mohammaden yang telahpun expired.

Sazali akan dibantu oleh saudara Jai dan 15 ahli jawatankuasa baru yang telah mendapat mandat seluruh perwakilan Pemuda semalam.

Walaupun tentangan hebat bagi jawatan Naib Ketua Pemuda antara Jai dan Pak Jo, selain isu-isu panas yang mewarnai pemilihan NKP Lembah Pantai tahun ni, namun ianya berjalan dalam suasa persaudaraan yang cukup memberi nilai dan makna buat bekalan pada Zali dan barisan AJK nanti, bagi memperkasa Pemuda UMNO serta UMNO itu sendiri.

Tahniah buat yang menang. Buat yang gagal, macam Pak Jo, insya-Allah masih ada cara untuk kita berbakti pada parti. Buat yang menang, jangan menyombong diri dan berikan khidmat terbaik untuk warga Lembah Pantai.

Sudah tiba masanya kita kembali bertaut, kembali merancang untuk mengembalikan semula keyakinan orang Melayu Lembah Pantai kepada UMNO, bukan mudah tetapi kekuatan, semangat dan perpaduan di antara AJK dan ahli yang saya nampak kali ini, semuanya tidak mustahil.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

  1. tahniah daripada saya!

  2. Tahniah kepada yang terpilih menjadi pemimpin. Umno bermula dari sekarang hendaklah bangun dari kesedihan dan bergerak untuk menawankan kembali 2/3 parlimen.

    Masa untuk berduka lara sudah selesai.

  3. Terima kasih kerana memberikan sokongan kepada kami di Lembah Pantai.

    Saya sebagai ahli biasa di Lembah Pantai... cukup yakin dengan kemampuan dan kerjasama yang bakal diadakan antara barisan EXCO baru Pemuda UMNO Lembah Pantai.

    Insya-Allah, team baru ini mampu memberikan sinar baru kepada UMNO khususnya di Lembah Pantai.

Post a Comment