BESAR SANGATKAH JASA-JASA MEREKA?

Nasi dah jadi bubur, .... mereka dah dapat habuan mereka, pembangkang ketawa terbahak-bahak.... mereka akan meraikan kemenangan mereka, kemenangan untuk menunjukkan kerajaan lemah dalam menangani ’isu hakim’ ini.

Yang ruginya, adalah rakyat yang terpaksa membayar harga yang tinggi untuk ’kesenangan’ berterusan kepada hakim-hakim ini. Mereka akan terus bertambah kaya dan terus kaya untuk 7 keturunan lagi, sebaliknya kita akan terus tertekan menhadapi berbagai-bagai ancaman lain dari pihak pembangkang.

Akhirnya, `hero’ kepada keadilan hakim-hakim ini juga akhirnya menunjukkan belang dirinya yang sebenar, siapa lagi kalau bukan ZAID IBRAHIM.

Fikirkanlah, kalau duit sebanyak itu dapat membantu berapa ramai golongan orang miskin dan kurang kemampuan di Malaysia ini, besar sangatkah jasa mereka hingga mendapat ’habuan yang cukup besar itu’.

Bagaimana dengan pasukan tentera dan polis ini yang telah berjasa kepada kita, khususnya bekas-bekas tentera dan ahli keluarga mereka yang terlibat dalam kemerdekaan tanahair kita. Berjuang di perbatasan untuk memastikan keselamatan negara kita, memastikan kita hidup aman damai di negara yang tercinta ini.

Berapakah bayaran `ex gratia @ habuan’ yang mereka perolehi setelah nyawa mereka .... mereka gadaikan untuk keamanan dan kesejahteraan kita.

Berapa nilai nyawa mereka berbanding nilai hakim-hakim ini. Fikir-fikirkanlah.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

6 Komen

  1. Anonymous
    11:24 AM

    Hakim PAS Tun Salleh Abbas mendapat hadiah saguhati jackpot bernilai RM5 juta (rasuah). Itu baru saguhati...kalau 1st prize macam mana? Kerajaan Pak Lah merasuah melalui de facto Zaid PKR dan bekas2 hakim pro pembangkang mcm Tun Salleh Abbas pula menerima rasuah. Heheheheheh...

  2. Anonymous
    5:41 PM

    Pak Lah sengaja nak kenakan Che Det. Pemberhentian semua hakim adalah mengikut prosedur. Pemberian 5juta menutup byk perkara. Mmg semua hakim tak boleh menang jika bw ke mahkamah.

    -komatiproanuar-

  3. Ini semua kesilapan pak lah kerana percaya sangat dengan zaid ibrahim, pak lah percaya keputusan ini akan menutup kesilapannya dan menyalahkan tun m. Salah satu contoh kesilapan 'reform' pak lah yang memakan diri.
    bro kalau free singgah di http://azranfitri.blogspot.com

  4. Idea reform perlu ditongsampahkan oleh Najib nanti. Bukan salah system yang tersedia..tetapi lebih kepada salah peneraju. The system is just fine...

  5. Anonymous
    4:36 PM

    Harap Tun Dr Mahathir dapat bukak mulut bercerita apa sebabnya kesemua bekas hakim itu dihadapkan ke Tribunal Kehakiman. Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. Bidang kehakiman tak boleh campur hal politik. Sebab depa "kebal" daripada dikritik. Tapi depa dok tembak orang lain..adil ka itu macam. Apapun Tun lebih tahu hal ini. Lagipun Tun masih hidup..masih waras dan boleh cerita hal sebenar. Nanti tau la..Si Nazri tu cakap betul atau temberang. RM 10 juta banyak beb..ngabihkan karan je beri kat orang macam tu. Lainlah kalau duit tu mak bapak dia orang punya.

  6. banyak benda berlaku sejak akhir akhir ini. In petanda akhir zaman. Negro jadi presiden amerika, pasti ada sesuatu yang akan berlaku nanti.

    berbalik pada isu hakim ini, kalau benar Tun yang bersalah, mengapa kita pula yang menanggung. Lagipun selama ni heboh hakim ini sebenarnya dibayar pencen. Jadi buat apa kita bayar ex gratia lagi.

    Pak lah silap percaya pada orang. zaid ibrahim ni ibarat gunting dalam lipatan. kehadirannya bukan membantu UMNO tapi menjahanamkan UMNO dari dalam.

Post a Comment