Apa salah gambar di atas? Inilah yang terjadi sewaktu saya sedang memandu di Kota Damansara semalam…
Mungkin sebab dah pakai kereta mewah, peraturan jalan sudah tidak menjadi keutamaan. Mereka sahaja yang boleh bermaharajalela, boleh buat sesuka hati …
Sebab nak cepat, macam dia sahaja yang nak cepat, si Pemandu Harrier WPH 724 ini telah `potong line’. Suka hati dialah, ia orang kaya, boleh pakai kereta besar, setakat saman 2-3 ratus, apa dia nak herankan….
Mungkin sebab dah pakai kereta mewah, peraturan jalan sudah tidak menjadi keutamaan. Mereka sahaja yang boleh bermaharajalela, boleh buat sesuka hati …
Sebab nak cepat, macam dia sahaja yang nak cepat, si Pemandu Harrier WPH 724 ini telah `potong line’. Suka hati dialah, ia orang kaya, boleh pakai kereta besar, setakat saman 2-3 ratus, apa dia nak herankan….

11:53 PM
Sepatutnya dia pakai helikopter barulah tak menempuh lampu isyarat. Ini bukan masalah kaya, tapi masalah tak hormat undang-undang. Dan yg pentingnya tak hormati pengguna lain.
Kembara Politik
12:32 AM
Gambar tu diambil di Jalan Surian. betul ker?
Memanglah budaya orang berkereta besar macam tu. baru baru ini di R&R Tapah hala Utara. Terdapat beberapa kereta mewah seperti Camry, Lexus dgn nombor satu digit dari P.Pinang meletakkan kereta sesuka hati,,mungkin nak show off lahh kut.
1:35 AM
Salam perjuangan,
Takda la kaya mana kalau pakai Harrier model lama. Tapi berlagak macam VIP. Semua orang kena beri laluan kepada dia. Orang lain pun nak cepat tapi boleh bersabar. Mentaliti seperti WPH 724 ini perlu dihapuskan dalam masyarakat kita.
“Memperkasa Generasi Baru”
Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP
http://pemudaiks.blogspot.com
6:19 PM
MALAYSIA BOLEH MAA !!!!!
9:03 PM
tu ler pasal.
dan yang lebih jadi masalahnya ialah yang pakai kancil dan myvi pun buat kerja macam tu gak!
camner tu?
9:32 PM
Taiping Mali- Betullah, gambar nie saya ambil di Jalan Surian. Bersebelahan dengan rumah saya (dataran sunway)....
Pemuda IKS- Memang pun, kalau semua dapat bersabar dan tak potong line, saya rasa kesesakan jalanraya dapat dielakkan.
Abg Nobisha- memang ada Myvi dan Kancil pun buat, tak dinafikan tapi sebolehnya elakkanlah. Demi kebaikan bersama.
Anonymous 01- Silap saya, sebenarnya bukan masalah orang kaya tetapi masalah orang yang tak hormat undang-undang. Maafkan saya buat mereka yang kaya.
Anonymous 02- Malaysia memang boleh maaaa.... tapi bila dah masuk 'kubur' dek kesilapan yg tak sewajarnya, siapa yang rugi.