JANGAN PERLEKEH KENYATAAN MAJLIS FATWA

GPMS mengalu-alukan kenyataan amaran yang tegas oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan – berkenaan kecenderungan sesetengah NGO yang mempersoalkan tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai isu ‘pengkid’ tempohari. GPMS menganggap kenyataan amaran tersebut adalah amat tepat bagi menentukan tidak ada pihak yang berterusan memperkecilkan peranan Majlis Fatwa dan mempermainkan keputusan yang telah diambil oleh Majlis tersebut. GPMS cukup percaya – fatwa adalah suatu keputusan ulama’ yang cukup teliti dan berhemah, diperkasa lagi dengan sandaran rujukan agama yang tuntas dan padu. Sewajarnyalah, keputusan seperti ini tidak disanggah dan wajib dihormati oleh semua pihak.

GPMS ingin menyatakan kekesalan yang teramat sangat dengan tindakan beberapa NGO seperti Katagender dan Food-not-Bombs yang mengadakan demonstrasi berkenaan isu sama baru baru ini. GPMS ingin mengingatkan mereka bahawa keputusan Majlis Fatwa adalah terkait langsung dengan soal hukum agama. Ianya tidak wajar sama sekali dibawa ke jalanan sebagai modul demonstrasi yang sempit dan dangkal.

GPMS ingin sekali lagi menegaskan bahawa agenda keterbukaan mestilah diiringi dengan rasa tanggungjawab dan amanah kepada keharmonian hidup bermasyarakat. Tindakan mencampuri urusan dan mempertikai keputusan Majlis Fatwa boleh disifatkan sebagai amalan yang kurang ajar dan tidak menghormati institusi agama. Keterlibatan kalangan bukan Muslim dalam darihal ‘fatwa’ ini juga boleh mendatangkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam.

GPMS juga ingin menyelar beberapa tulisan yang turut mempersoalkan tindakan yang diambil oleh Majlis Fatwa. Mempersoalkan tindakan Majlis Fatwa – dengan menggunakan istilah ‘individualism’, ‘kesaksamaan gender’, ‘kebebasan’ dan sebagainya bukanlah suatu tindakan yang baik dan dialu-alukan. Suka diingatkan bahawa keputusan Majlis Fatwa adalah bersandarkan lunas perundangan dan hukum Islam yang jelas.

Majlis Fatwa Kebangsaan – adalah sebuah institusi agama yang wajar dihormati dan disantuni oleh segenap kelompok masyarakat. Keputusan yang diambil secara ‘konsensus’ dan dengan persetujuan para mufti, bukanlah suatu keputusan polisi dan dasar yang terlalu wajar untuk didebatkan secara terbuka. Minda yang rasional semata-mata tidak boleh menghalalkan perkara yang tidak wajar pada pandangan agama.

Amat mengharapkan agar amaran Ketua Polis Negara dapat dijadikan sebagai sempadan pandangan kepada mana-mana pihak yang terus celupar untuk mempersoalkan hukum agama. Kita jangan terlalu terbawa-bawa dengan budaya keterbukaan yang songsang – sehingga sanggup menidakkan dan bersikap celupar terhadap institusi agama seperti Majlis Fatwa. Dalam isu yang berkaitan dengan agama, kita perlu mempunyai suara yang tegas – apatah lagi tunduk dengan desakan NGO yang entah apa asas ‘akal budinya’. Jangan kita terlalu ghairah untuk mencampur-adukkan semua perkara, sehingga GAGAL menyantuni pandangan para ulama’ dan mufti.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

10 Komen

  1. Anonymous
    12:48 PM

    elok 'bom' saja NGO's ni..cipan nak blaja hidup ayam..nila jadi ye..

  2. Inilah jadinya apabila NGO bercakap ikut sedap mulut saja. Tahniah atas ketegasan saudara.

  3. Anonymous
    4:01 PM

    Suasana semasa hari di lahir pada tahun 2004 di mana amalan terbukaan telah menjanakan beberapa kejadian serta ulasan yang menyingung hati Orang Islam dan orang melayu.
    Hati kecil saya berkata kejadian kejadian saperti akan terus di ujud kan olih parti politik yang mendukungi olig bog serta NGO yang tidak suka kan harmoni telah lama wujud.
    Hati kecil saya meramal akan berlaku lagi pada masa yang terdekat dan jangka panjang.
    Suara sudah terdengar dari tokoh tokoh koporat Tan Sri Tan Sri Datuk Datuk peguam terkemuka mencabar beberapa perkara ynag menjadi asas negara malaysia yang saya cintai.
    Ramai juga peminpin orang Melayu dan NGO Melayu Islam sudah mengeluarkan kenyataan minta orang lain bekerjasama supaya tidak mengipas bara.
    DYMM Raja Melayu sudah menitah hormati hak semua orang malaysia.
    Tapi makin banyak nasihat makin banyak pulak nyalakkan yang tidak enak.
    Bila kah nak berhenti ini semua ?
    Adekah ini atas mengamal sifat demokrasi,liberalisasi,pintu terbuka ,dunia tanpa sempadan dan obamasasi ?
    Ape kah cucu saya mewarisi sesuasana sedemikian dan sampai bila ?
    Kkita mesti dan wajib ade perhitungan dan titik noctah.
    arjuna waspada

  4. Salam perjuangan,

    Semua NGO yang mempersoalkan Majlis Fatwa Kebangsaan perlu ditentang sekeras-kerasnya. Menyentuh isu agama Islam adalah perkara paling sensitif pada orang Melayu Islam. Jangan diuji kesabaran orang-orang Melayu Islam. Kita selalu berkompromi dengan "mereka" ini. Sedarlah, kita hanya melihat sahaja apa jua tindakan yang "mereka" ambil, tanpa tindak balas. Memang budaya orang Melayu Islam untuk bersabar dan tidak memberontak macam "mereka". Akhir kata, selamat memperjuangkan hak orang Melayu dan menegakkan Islam!

    "Memperkasa Generasi Baru"

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com

  5. Anonymous
    1:23 AM

    Kita perlu bersatu menangani segala isu yang melanda negara kita sejak akhir-akhir nie.

  6. Anonymous
    12:41 AM

    Takeda Shingen menulis di Vox populi Malaysiakini mengambil kesempatan untuk masuk campur sambil menuding jari kat TGNA dan menyifatkan TGNA sebagai "dictator" .
    Takeda Shingen mengaku diri nya sebagai bukan Islam.
    Takeda Shingen menyatakan dia ada hak sebagai orang bukan Islam untuk masuk campur dan membuat ulasan mengenai Al Quran dan hukum Hakam Majlis Fatwa bersabit dengan dengan penkid.
    Saya desak vox populi hentikan segera peluang membenarkan Takeda Shingen membuat kenyataan hasutan dan kebenciaan terhadap Islam dan Majlis Fatwa dalam blog Malaysiakini.
    Takeda Shingen anda sudah melepasi batas.
    arjuna waspada

  7. Anonymous
    12:45 AM

    Honey Tan Lay Ean dari NGO EMPOWER tidak setuju dengan Majlis Fatwa yang keluarkan Ftwa untuk di amali olih Orang ISLAM sahaja.
    Kenapa dia ni tak faham lagi ?
    Tidak ada siapa wanita Islam Muslimah yang mewakilkannya untuk berforum dengan Menteri Zahid Hamidi bagi pihak orang Islam.
    Sia sia saje orang Islam puas beri nasihat yang berhemah,santun dan nada yang lembut.
    Masih nak cabar?
    Bila kita nak Fatwa saje terus lenting sebut HAK ASASI MANUSIA konon.
    Hak Islam macam mana ?
    Dia sorang saje ada hak?
    arjuna waspada

  8. Semua ni salah kita, sebab bagi muka sangat kat depa nie. Sampaikan Kedah yang diterajui oleh parti Pas pun dengar khabarnya nak menuruti langkah Selangor untuk buka ladang babi yang terbesar.

    Inilah kejayaan sebenar Melayu Islam, berjaya memberi muka kepada bangsa lain.

    Buat penat jer kita pertahankan Majlis Fatwa sedangkan dalam masa yang sama, parti yang berjuang 'membangun bersama Islam' pun boleh merelakan babi di`semai' di tanah Kedah.

    Fikirkanlah, UMNO sibuk sangat dengan pemilihan UMNO... hingga masa depan bangsa yang sebenarnya semakin dihakis oleh orang-orang bukan Melayu, bukan Islam.

    Penting sangatkah pemilihan UMNO, tak guna dapat kuasa kalau negara dah tergadai.

  9. Anonymous
    2:26 PM

    Hari ini 22hb Nob 08 akhbar THE STAR menyiarkan berita SIS melalui
    Norhayati Kaprawi mengutuk Majlis Fatwa atas Tajuk penkid.

    Saya nak tanya kenape Norhayati dan SIS marah sangat kat Majlis Fatwa ?
    Saya minta JAKIM dan semua Jabatan Agama Negeri dan Menteri hal Ehwal Islam sila ambil tindakkan dan halang orang saperti pertubuhan SIS mengutuk Majlis Fatwa.
    Jika tidak, akan marak lagi api marah orang Islam terhadap SIS.
    Mengapa wanita NGO Wanita Islam dan Muslimah berdiam diri dalam hal SIS serang Majlis Fatwa?
    arjuna waspada

  10. Anonymous
    3:46 PM

    Susulan dari pengistiharan Majlis Fatwa berkait ngan YOGA, maka la ni pesta bermula jom bidas FATWA sudah bermula dengan SIS Norhayati Kaprawi,Zuraidah ATan,Samy Velu Hindu Sangam.
    Negara Malaysia sangat demokrasi ke , di mana orang Bukan Islam bolih mencabar hak hak Agama Islam ?
    Kerajaan Pusat sangat demokrasi sangat bolih diam diri ?
    Nak tunggu kertas kerja ke ?
    Kebencian perkauman sangat menebal perlu di bendung dan adalah tanggungjawab Kerajaan mengambil tindakkan cepat dan tegas supaya cabaran cabaran terbuka akan menjadi parah.
    Cegah sekarang.
    arjuna waspada

Post a Comment