PLUS oh PLUS: Pengguna Smart Tag & Touch N Go gak yang rugi…

Apa gunanya Smart Tag & Touch N Go sekiranya kita tersangkut gak bila tiba berhampiran plaza tol sedangkan kegunaan Smart Tag & Touch N Go ini alah untuk menyenangkan pengguna jalanraya khususnya di plaza-plaza tol.

Ini tidak… dah penat-penat beli `Smart Tag & Touch N Go’ tetapi akhirnya tetap terperangkap bila tiba di plaza tol. Inilah yang terjadi ke atas dirinya dan mungkin ramai lagi yang turut menjadi mangsa macam aku…

Kes ini terjadi (selalunya aku tengok ajer, sebab aku di jalan yang bertentangan) semalam, semasa aku dalam perjalanan ke pejabat. Masuk di Tol Kota Damansara, kebiasaannya aku akan sampai dan keluar dari tol Jalan Duta hanya memakan masa antara 5-10 minit sahaja, namun tidak semalam.

Aku terperangkap di dalam kesesakan menuju ke tol Jalan Duta selama hampir 45 minit. Ini semua angkara pihak PLUS yang hanya menyediakan 3 plaza sahaja untuk pengguna yang nak bayar TUNAI, yang menyebabkan kesesakan hampir 4 km dari Plaza Tol Jalan Duta.

Sebab nak potong line, pengguna TUNAI `turut beratur’ di lane ketiga@laju yang kebiasaannya digunakan oleh pengguna `Smart Tag & Touch N Go’. Siapa yang rugi…. Pengguna `Smart Tag & Touch N Go’ yang terpaksa beratur bersama pengguna TUNAI. Oleh itu, apa ke jadahnya guna `Smart Tag & Touch N Go’ ini.

Oleh yang demikian, satu kaedah atau pendekatan yang lebih berkesan dicari untuk menangani masalah ini. Pihak pengguna TUNAI haruslah bertimbangrasa, jangan sebab anda… pengguna `Smart Tag & Touch N Go’ yang terpaksa berbelanja lebih beli `Smart Tag & Touch N Go’ turut menjadi mangsa kepada sikap anda…. Begitu juga pihak PLUS, jangan semata-mata nak ‘mendesak’ orang guna `Smart Tag & Touch N Go’… tapi dalam masa yang sama menyusahkan pula pengguna `Smart Tag & Touch N Go’.

Saya bukan sekadar cakap kosong, gambar di bawah membuktikan segala.

Apa komen anda?… Saya yakin anda juga pengguna jalanraya? Marilah kongsi pengalaman anda di blog saya ini. Terima kasih.






- Rentetan kisah menuju Plaza Tol Jalan Duta - 24 November 2008






Siapa yang bersalah? Siapa yang rugi? Siapa yang nak jawab nie?
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.