Hakikatnya, dah lama aku nak masukkan artikel ini, selepas Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Lembah Pantai lagi, namun bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan andaian yang macam-macam, aku simpan sahaja entry nie.
Ia melibatkan Ketua Pemuda Cawangan Bangsar Baru, Saudara Sazali Kamilan (ketua Pemuda cawangan akulah)…. Yang telah menang tanpa bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai baru-baru ini. Ia merupakan satu SEJARAH buat Lembah Pantai, kerana tidak pernah tidak ada pertandingan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Lembah Pantai ini.
Namun, mungkin sudah suratan ilahi, kini Sazali akan memikul tugas berat, bersama-sama pimpinan Pemuda yang lain untuk mengembalikan semula kekuatan dan keyakinan orang ramai untuk kembali memberikan kepercayaan kepada UMNO dan BN Lembah Pantai.
Di bawah era baru kepimpinan Pemuda UMNO Lembah Pantai ini, diharap dapat mengembalikan semula kekuatan Pemuda dan UMNO Lembah Pantai khususnya, memenangi semula kerusi Lembah Pantai dari anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, …. Nurul Izzah.
Kemenangan percuma ini membuktikan bahawa Zali diterima hampir keseluruhan Pemuda UMNO cawangan di Lembah Pantai, sekaligus dengan sokongan yang diterima ini, akan memudahkan beliau bersama barisan AJKnya untuk merancang dan menterjemahkan segala bentuk program yang telah dan akan difikirkan baik bagi golongan muda khususnya Pemuda UMNO.
Kita sedar, kita `kalah sempurna’ di hampir kesemua saluran pengundi-pengundi muda dalam PRU-12 yang lalu. Maybe sebab Nurul Izzah lawa atau sebab Shahrizat dah kira ‘makcik-makcik’, menyebabkan golongan muda tanpa malu-malu untuk mengundi Nurul Izzah, malah dengar khabarnya bukan setakat orang muda, malah ada golongan ‘bapak-bapak’ yang menyimpan poster Nurul Izzah di bilik-bilik untuk dijadikan tatapan. Tapi tak heran, ada yang letak poster ini kat dalam bilik air.
Sehubungan dengan itu, Zali bersama pimpinan Pemuda bahagian haruslah lakukan sesuatu untuk menyatukan semula kekuatan Pemuda di peringkat cawangan yang sebelum ini dilihat berpuak-puak antara satu-sama lain. Kita kita adalah SATU- Kita adalah Pemuda UMNO Lembah Pantai. Kita perlu jadi Pemuda Berani ….Berani Untuk Berubah….namun harus Setiakawan bagi meneruskan Perjuangan Akar Umbi…. Ia menjadi satu tanggungjawab yang besar untuk Zali dan barisan Exconya untuk mengembalikan semula keyakinan masyarakat Lembah Pantai serta golongan muda secara amnya pada UMNO.
Bak kata Anuar Zamburi (www.suaraperubahan.blogspot.com)…. `Inilah masanya yang paling sesuai untuk Zali menjenamakan semula Pemuda UMNO Lembah Pantai mengikut acuannya sendiri.’

Selamat berjaya Hj. M. Sazali Kamilan.

5:30 PM
Salam perjuangan,
Tahniah kepada saudara Sazali Kamilan terhadap kemenangannya sebagai Ketua Pemuda Lembah Pantai. Pemuda IKS memberi sokongan penuh terhadap barisan kepimpinan Saudara Sazali Kamilan di dalam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai. Selamat berjuang!
"Memperkasa Generasi Baru"
Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP
http://pemudaiks.blogspot.com