Aku bersetuju sangat dengan langkah Pemuda UMNO yang menggesa masyarakat antarabangsa mengecam dan mengutuk tindakan ganas serta tidak berhati perut rejim Israel terhadap penduduk Palestin yang mengakibatkan ratusan nyawa yang tidak berdosa terkorban.
Dalam laman web Pemuda UMNO, Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)nya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel ke atas penduduk yang tidak bersalah dan tidak bersenjata itu merupakan satu tindakan yang amat kejam.
Serentak itu beliau turut menyeru Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) bersatu dengan penduduk Palestin menentang kekejaman dan pencabulan yang telah dilakukan oleh Israel terhadap penduduk di negara terbabit.
Seluruh masyarakat antarabangsa khususnya umat Islam perlu mengutuk keras pembunuhan kejam yang berlaku di Palestin hari ini di mana warga tua, kanak-kanak dan wanita menjadi sasaran rejim Yahudi. Mereka telah sengaja mengebom orang awam tanpa perikanusiaan dan sewajarnya dunia Islam bersatu menentang kekejaman ini yang disokong oleh sekutu kuat Israel.
Sepuluh orang terbunuh dan 40 lagi cedera awal hari ini apabila pesawat perang Israel menggugurkan sekurang-kurangnya 16 buah bom yang memusnahkan lima pejabat kerajaan Hamas di sebuah kompleks di Genting Gaza.
Serangan itu turut mencetuskan kebakaran besar dan menyebabkan serpihan berterbangan sejauh beratus-ratus meter. Keganasan Israel setakat ini telah menyebabkan 364 rakyat Palestin termasuk 62 penduduk awam terbunuh, manakala lebih 1,400 lagi cedera.

Mukhriz seterusnya berkata pihaknya sedia menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin yang cukup menderita hari ini.
”Selain itu kita juga dimaklumkan, Kasim Aina daripada National Institution of Social Care and Vocational Training (NISCVT) sedang mengumpulkan dana bantuan untuk dihulurkan kepada mangsa yang terlibat. Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menyalurkannnya di alamat 'Donations for Children' to the National Institution of Social Care and Vocational Training-Account number: 000 1 10684 5002- First National Bank, Immobilita Building- SWIFT Code: FINKLBBE, Hamra Street, PO Box 113-5453. Beirut, Lebanon”, katanya.

0 Komen
Post a Comment