Siapa calon pilihan PAS?


Dah dalam poket Hj Hadi, tapi siapa? Teka-teki dan persoalan yang bermain di fikiranku…siapakah ayam sabung PAS yang bakal bertanding di P36: Kuala Terengganu nie?

Mungkinkah PAS akan memilih Mat Sabu sekali lagi sebagai calon, atau ada calon tempatan yang difikirkan lebih sesuai untuk jadi taruhan PAS kali ini.

Siapa pun calonnya, Wan Farid sudah sedia menunggu. Tok Mun plak, dengar khabarnya kecewa dan hampa apabila dikatakan ‘tidak mampu’ untuk bertanding kali ini kerana kekurangan dana untuk bertanding. Malah blog yang kononnya mencari dana untuk membolehkan Tok Mun bertanding…. Entahkan betul entahkan tidak, hilang sepi tanpa khabar berita….

Tapi kalau jadilah Tok Mun nie bertanding, akan keluarkan ayat-ayat yang kononnya Tok Mun ni ditaja UMNO untuk menidakkan undi PAS. Apapun persoalannya sekarang, pengumuman calon PAS sedangkan dinantikan bukan sahaja di Kuala Terengganu, malah di seluruh Negara.

Semua orang nak tengok, siapakah calon yang dipilih….calon Tok Guru ke atau calon Presiden?
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment