PEMUDA SUBANG DESAK PECAT ‘ZAID SI PENGKHIANAT UMNO’.

Pergerakan Pemuda UMNO Subang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Datuk Zaid Ibrahim yang menyertai program dan majlis anjuran parti pembngkang. Beliau telah menghadiri Majlis Perasmian Kongres Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Majlis Kemenangan Rakyat Pulau Pinang anjuran parti DAP tempohari

Ketua Pemuda UMNO Subang, Harrison Hassan berkata, kenyataan beliau (Mingguan Malaysia 30 November 2008) yang masih mengakui menjadi ahli UMNO dan tidak menolak kemungkinan menyertai parti pembangkang pada masa akan datang, harus ditangani oleh pucuk pimpinan serta-merta.

Kami mendesak agar pucuk pimpinan UMNO untuk memecat keahlian beliau, setelah apa yang dilakukan.

Kita tidak harus membincangkan mahupun memberikan beliau pilihan, kerana beliau sendiri telah membuktikan ketidaksetiaannya kepada parti. Ini bukanlah insiden yang pertama yang mana beliau telah membelakangkan parti dan menghiris perasaan ahli-ahli UMNO serta orang Melayu.

Pergerakan Pemuda UMNO Subang marah dan kecewa dengan tindakan beliau yang dengan senangnya bersekongkol bersama parti pembangkang, sedangkan kami di akar umbi telah sekian lama berjuang dalam merapatkan barisan serta memperkukuhkan parti.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Anonymous
    7:34 AM

    Anak anjing selayaknya bergandingan dengan bapak anjing. Apa nak diheran. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Ada tak menambah, berambus lagi berfaedah. Apa lagi..nak beri kontrak lagi ke kepada manusia macam ni??? Baik bagi kepada pejuang setia UMNO. Hidup Melayu.

  2. - Apa yang Datuk Zaid Ibrahim mahu sebenarnya?

    - Persoalan sekarang kapal mana yang Datuk Zaid akan naik, Kapal PAS atau PKR ? Jika Datuk Zaid tidak mahu naik kapal PAS, apa alasannya?

    - Mampukah PAS menarik Datuk Zaid di depan pintu PKR?

    - Adakah PKR berhasrat menghapuskan PAS sedikit demi sedikit?

Post a Comment