Agak lama aku tak update, sejak balik dari kekalahan di Kuala terengganu, ditambah pula dengan Retreat Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai 23-25 Jan di Agrotrek Resort, Hulu Langat… ditambah lagi dengan kesakitan yang amat sangat yang aku lalui selepas balik dari retreat, maybe ada batu karanglah.
Sakit yang amat sangat. Aku macam tak percaya aku tidak mampu menahan kesakitan tersebut. Tapi aku gagahkan, sakit yang bermula dari jam 9 malam (area buah pinggang) hinggalah aku rasa ‘kebah’ pada jam 4 pagi (masa tu sakit di bahagian perut).
Kesakitan yang aku alami ini cukup menyiksakan. Namun lebih tersiksa dengan perbuatan seorang pengkhianat yang bergelar YB dari Bota Perak, yang beralih angin untuk bersama PKR dalam meneruskan perjuangannya.
Tak payahlah aku sebutkan namanya, terasa jijik nak sebut nama tersebut. Aku tak kisah kalau dia meneruskan perjuangan bersama PAS, namun bila dia membuat keputusan untuk bersama PKR dan bersama bos lamanya, Anwar Ibrahim…. aku tak boleh nak kata apa.
Mungkin benarlah orang berkata, inilah sebagai permulaan kepada penghijrahan besar-besaran orang UMNO untuk bersama PKR di Perak.
Dalam blog Hambali (www.hambali1.blogspot.com) – beliau ada mengatakan bahawa beliau menerima sms daripada rakan menggelarkan dirinya WIP bahawa Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin, Datuk Fakir Adam dan Datuk Hamdi akan keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Katanya, salah seorang akan dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang baru bagi menggantikan Menteri Besar sekarang yang mewakili PAS.
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan sedang mengumpul kekuatan pemimpin Melayu dalam PKR untuk diketengahkan sebagai usaha mengumpul keyakinan orang Melayu menyokong matlamatnya – menumbangkan BN.
Benarkah apa yang dikata? Benarkah UMNO akan dikafankan Mac ini, benarkah UMNO sudah tidak relevan?
Sesungguhnya Mac ini memang penentu segala-galanya. Benarkah UMNO benar-benar mampu berubah Mac ini, mampu menurut kehendak ahli akar umbi atau sekali lagi menurut kata wang ringgit.... pada perwakilanlah kita letakkan harapan untuk membawa UMNO kembali perkasa di hati orang Melayu.
Izinkan untuk aku berehat seketika, sekurang-kurangnya menghilangkan `batu’ di dalam badan. Izinkan aku....

7:24 PM
Apa komen saudara TA Rithaudden cadangkan puteri dan putera umno dibubarkan untuk mengelak politik wang. Baca posting dalam blog saya
7:40 AM
Kadang-kdang kita terlupa, asal-usul kita. Kita juga bermula di zaman remaja, zaman muda belia.
Kalau dimansuhkan Puteri atau sayap muda dalam UMNO, nescaya UMNO akan mengalami padah yang cukup teruk menjelang PRU13.
Kalau tak percaya, cubalah.