Berita Mengejutkan Dari Jentera PAS

Mengejutkan. Jauh meleset dari jangkaan awal aku... Berita terkini yang aku terima dari jentera Pas bahawa Wahid Endut akan menjadi calon dalam pilihan raya Kuala Terengganu, 17 Jan ini.

Benarkah? Benarkah berita yang aku dengar ini, aku macam tak percaya bahawa Haji Hadi akan buat keputusan mengejut menyingkirkan Dr Syed Azman sebagai calon memandangkan Syed Azman merupakan calpon favourite utk menewaskan Wan Farid.

Bukan setakat itu sahaja, malah pemgumuman malam ini akan membawa kepada keretakan dalam Pas.

Namun kebenaran cerita ini masih belum dapat disahkan. Buat jentera BN yang sebelum ini agak 'risau' dengan kehebatan dan kejaguhan Dr Syed Azman ini... Jangan cepat lega dan senang hati.

Kerahkan semua jentera utk mendekati pengundi, tiupkan semangat jentera kita untuk tidak mudah mengalah.

Semoga kejayaan akan mengiringi kita dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu ini. Insya-Allah.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. PAS ialah sebuah parti politik yang ahlinya adalah MANUSIA. Selagi ada manusia, selama itulah ada masalah.

Post a Comment