CONFIRM WAHID ENDUT TARUHAN PAS DI KUALA TERENGGANU

Confirm... Ramalan awalku meleset sama sekali apabila Dr Syed Azman confirm bukan pilihan Pas utk menentang Dato Wan Farid dan 3 calon Bebas yg lain, 17 Jan ini.

Wahid Endut, ADUN Wakaf Mempelam menjadi taruhan Pas kali ini, sekaligus melenyapkan teka-teki yang bermain sejak kebelakangan ini...

Biarkan...biarkan, biarlah siapa sahaja calon mereka, kita harus bekerja kuat bukan utk Wan Farid, bukan utk Pak Lah, bukan untuk Najib... Tapi perjuangan kita adalah meneruskan survival perjuangan UMNO yang Bersatu-Bersetia dan Berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

Kita meletakkan tanggungjawab kepada Wan Farid untuk menjadi mata dan telinga kepada penduduk Kuala Terengganu, beliau adalah calon kita yang harus kita dokong dan bantu di sepanjang kempen pilihan raya ini.

Janganlah kita khianati calon kita, jangan kita persendakan dan kita tikam Wan Farid dari belakang... Ketepikan soal peribadi, utamakan kepentingan parti terutamanya dalam keadaan politik UMNO dan BN hari ini.

Selamat berjuang untuk semua.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment