Keangkuhan dan kezaliman Rejim Zionis terhadap rakyat Palestin, khususnya di Gaza, kini menuntut seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira usia, kaum dan agama untuk sama-sama berganding bahu menggerakkan tentangan besar-besaran.
Ketua Pemuda UMNO, Dato' Seri Hishammuddin Hussein berkata, sebagai sebahagian warga dunia, sudah banyak usaha kita lakukan untuk menghentikan kekejaman Rejim Zionis di Gaza; bantahan, memorandum, demonstrasi, pengecualian cukai terhadap sumbangan kemanusiaan, cadangan penubuhan pakatan tentera Asia Barat dan boikot produk sudah kita lakukan, namun Israel terus biadap dan tidak mengendahkan sedikit pun kecaman masyarakat antarabangsa.
Malah serangan yang dilakukan semakin meningkat dan pencerobohan tentera mereka semakin berleluasa.
Cukuplah kini kita saksikan pelbagai episod ganas Israel dan jenayah tidak berperikemanusiaan yang semakin mencengkam dan melupuskan etnik di bumi Palestin.
Tibalah masanya seluruh rakyat Malaysia, tua muda, pelajar dan profesional, tidak kira latara belakang kaum dan agama, sekali lagi kita bergerak bersama-sama atas nama kemanusiaan untuk mendesak kuasa-kuasa besar dunia memainkan peranan mereka bagi menghentikan kezaliman Rejim Zionis di Palestin.
"Pemuda UMNO akan mewujudkan satu gerakan besar-besaran bagi menunjukkan bantahan terhadap pencabulan dan keganasan yang dilakukan. Kami yakin akan kebangkitan seluruh rakyat Malaysia ke arah menjayakan usaha itu seperti mana kejayaan inisiatif bersama lebih 1,000 NGO di bawah Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (AMAN Malaysia) ketika Tentera Amerika Syarikat mengebom dan menceroboh Iraq pada Mac 2002.
Saya menyeru semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), segenap lapisan rakyat untuk bersatu dan bergerak secara bersama menentang keganasan Rejim Israel ini. Kita akan melibatkan semua pihak, termasuk setiap sekolah dan golongan masyarakat bagi menjayakan inisiatif keamanan ini dengan berkesan sehingga kezaliman ini dihentikan."
Kesibukan parti-parti politik yang bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu kini, sepatutnya tidak sedikit pun mengabaikan keprihatinan dan usaha kita mendesak Rejim Israel berhenti mengganyang kanak-kanak dan orang awam Palestin dengan peluru dan bom besar.
Kita akan sama-sama mengadakan beberapa siri bantahan besar-besaran, seminar, persidangan dan perhimpunan yang bersepadu dengan semua bentuk bantahan semasa, tindakan boikot produk dan tabung kemanusiaan.
Satu persidangan antarabangsa mengenai belia dan keganasan akan diadakan di Kuala Lumpur, pada Februari 2009 selaras dengan gerakan keamanan rakyat Malaysia ini.

4:28 PM
teruskan perjuangan kita!!!
AGAMA KU, BANGSA KU, NEGARA KU
KE MANA TUJU KU???
http://meetuncleshah.blogspot.com