Setelah selama 4 hari aku ke Kuala Terengganu ini, salah satu tempat yang sempat aku pergi ialah Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal di Kg Losong. Jika dulu, Losong ini terkenal dengan keropok lekornya, kini ia turut menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar Negara untuk melihat kehebatan tamadun Islam melalui Pembinaan Taman Tamadun Islam.
Mungkin banyak pihak melihat pembinaan Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam ini sebagai satu projek yang membazir, termasuk menjadi bahan-bahan kempen pembangkang khususnya PAS sebagai satu projek yang menghabiskan duit rakyat, namun bagi aku… masih ada kebaikan di atas pembinaan projek ini.
Semasa aku di sana, aku lihat pengunjung yang datang boleh tahan ramai, yang datang bersama keluarga dan anak-anak kecil, malah yang lebih baik ialah ia turut menjadi tempat pasangan kekasih bersiar-siar. Lebih baik ‘merendek’ (@ bercinta) kat sini berbanding di tempat-tempat lain yang boleh mendatangkan syak.
Hebat…tempat ini memang hebat. Sukar untuk aku gambarkan dengan kata-kata, namun buat mereka yang berkesempatan datang ke Terengganu, Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal boleh dikatakan antara tempat wajib yang harus kita pergi… selain Kompleks Payang buat kaum hawa yang suka bershopping.

0 Komen
Post a Comment