Mungkinkah Hudud akan kembali bergema di bumi Terengganu?

Benarkah dakwaan kawan-kawan lain Hudud PAS sekadar hudud politik terutamanya menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu 17 Jan ini. Banyak pihak yakin bahawa PAS akan kembali dengan isu Pelaksanaan Hukum Hudud sebagai 'modal' kempen mereka nanti.

Isu lapuk ini pernah mereka gunakan dalam kempen PRU 10 yang menyaksikan Rakyat Terengganu terpengaruh dengan kempen ini, yang akhirnya menyebabkan BN hilang Terengganu. Namun apabila memegang pentadbiran Terengganu, mereka hanya berjaya bercakap, bukan melaksanakannya.

Nampaknya, halangan untuk melaksanakan sistem ini semakin kuat buat PAS terutama sejak mereka menjerumuskan diri dalam Pakatan Rakyat. PKR dan DAP (yang terang-terangan membantah Hudud) lebih mendominasi pakatan ini. Tinggallah PAS menjadi Boneka dan Pak Turut.

Dalam kempen PRU-12 yang lalu pun, PAS lebih bersikap 'letak tepi dahulu' dengan matlamat mereka ini. Kononnya ingin menarik lebih ramai pengundi.

Di mana akhirnya sandiwara hudud PAS nie? Berkumandang semulakah isu hudud ini di Kuala Terengganu? Calon dah diumum, jentera PAS mula membanjiri Kuala Terengganu. Bendera Hijau Putih sudah mula berkibar mega di dahan-dahan pokok sedangkan masa berkempen pun belum bermula pun lagi.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment