AWAS !!! Komik Bahaya (Sebarkan...)

Orang Kristian sentiasa cuba memesongkan akidah umat Islam dengan pelbagai cara yang halus. Di bawah ialah buku atau komik yang berbahasa Malaysia yang sekali pandang umpama komik biasa.

Apa yang mengejutkan ialah buku ini bukan sekadar buku komik bergambar untuk bacaan kanak-kanak. Apa yang jelas dalam buku ini adalah bercanggah dengan akidah kita sebagai umat Islam.

Menurut email yang diterima, buku ini telah diedarkan oleh pihak tertentu di sekitar Bukit Bintang, di mana teman saya memperolehinya secara tidak sengaja (diedarkan dalam raga motorsikal).

Apa yang membimbangkan kita ialah sasaran buku-buku ini diedarkan adalah untuk kanak-kanak. Buku ini diterbitkan di Indonesia tetapi menggunakan Bahasa Malaysia yang jelas bertujuan memesongkan akidah kanak-kanak Muslim.

Selain komik jahanam seperti ini, ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa memantau juga komik-komik bacaan kanak-kanak yang di alih bahasa dari luar negara seperti Naruto, Doraemon dan sebagainya yang berlambak berada di pasaran . Selain sususan bahasa yang berterabur ditakuti anak-anak kita yang belum berapa faham terikut dengan kepercayaan penulis komik tersebut.

Harap artikel ini disebarkan untuk makluman Saudara Islam kita.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Terima kasih atas pendedahan saudara.Jelas terdapat usaha memesongkan akidah umat Islam di Malaysia secara kita sedar atau tidak sedar.Akhbar Herald misalnya merayu-rayu kepada kerajaan bagi membenarkan mereka menggunakan kalimah suci Allah dalam penerbitan bahasa Melayu mereka.Ahli politik PR beragama Islam pula sanggup menjual Islam dengan menyokong permohonan Herald.

    www.permatangpauh2u.com

Post a Comment