SULTAN PERAK AKAN DI SAMAN: di mana kematangan politik kita?

Apa nak jadi nie? Sedih aku dengan apa yang berlaku di Perak. Kerajaan Pakatan Rakyat runtuh, BN ambil alih, namun yang menyedihkan…. Akibat dari sengketa ini, SULTAN DIMAKI-HAMUN, dan bakal disaman minggu depan.

Pakatan Rakyat hari ini mengambil keputusan untuk memfailkan saman bagi mencabar kesahihan pelantikan Menteri Besar Perak yang baru dari BN.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, barisan panel peguam daripada tiga parti komponen Pakatan termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP akan mengkaji tindakan saman tersebut. Anwar berkata, Pakatan berpendirian bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.

Sedikit petikan dari (
http://protesminda.blogspot.com/2009/02/halal-bagi-pakatan-rakyat-haram-bagi.html) :- Sebelum ini, Pakatan Rakyat kelihatan bersungguh-sungguh untuk menghalalkan cara Pintu Belakang melalui kaedah mengajak ADUN BN lompat parti menyertai mereka. Ini kerana, bagi mereka demi perjuangan Islam tak bertempat, serta tekanan parti DAP yang semakin gila kuasa di Perak dengan membolot segala sumber kekayaan di Perak, tindakan membawa lebih ramai Melayu melalui pintu belakang ini adalah satu kaedah yang paling mudah dan HALAL demi menyelamatkan agama Islam dan Bangsa Melayu.

Inilah masalahnya Pakatan Rakyat nie… semua tindakan adalah HALAL untuk mereka, namun HARAM untuk UMNO/BN.

Di mata kematangan politiknya Pakatan Rakyat?

Buat Dr Zambry Abd Kadir…. Berkhidmatlah dengan adil dan saksama, berkhidmatlah bersama tenaga veteran dan tenaga muda yang ada, bagi menjamin kerajaan Perak yang lebih efektif dan berkesan.

Bawalah bersama dan bagilah peluang kepada ADUN-ADUN Bebas untuk sama-sama terlibat dalam pembangunan dan pentadbiran kerajaan Negeri Perak.

Selamat berjuang, selamat berjaya. Insya-Allah
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment