Bukit Gantang & Bukit Selambau: Pemuda BN Bersedia

Pengumuman rasmi oleh SPR mengenai pilihan raya kecil serentak yang akan diadakan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang pada 7 April akan sekali lagi mengukur dan menguji kekuatan seluruh jentera parti BN. Pada pilihan raya kecil sebelum ini di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, walaupun tidak memihak kepada calon BN ternyata telah memberi pengalaman yang berguna kepada semua termasuklah Pemuda BN sendiri. Ia tidak boleh dijadikan ukuran kepada keupayaan semasa BN.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau akur bahawa perubahan landskap politik negara yang bersifat luar jangka seperti sekarang sebenarnya menuntut kepada perubahan gaya, tatacara, strategi dan pendekatan yang berbeza untuk mendekati pengundi dalam setiap kali pilihan raya diadakan. Insya Allah, kali ini kita sekali lagi akan melakukan sebaik yang mungkin untuk kita menawan hati dan minda pengundi.

“Walaupun selepas Perhimpunan Agung UMNO (24-28 Mac) tahun ini, saya bukan lagi Ketua Pemuda UMNO dan Pengerusi Pemuda BN, saya dan barisan kepimpinan sayap parti akan membuat persiapan rapi Jentera Pemuda BN mulai sekarang untuk memenangi dua pilihan raya kecil itu.

Justeru itu, saya bersama-sama dengan jentera akan pastikan bahawa kita membuat kajian terperinci tentang struktur, pendekatan, strategi, dan hala tuju serta kemampuan bermula daripada sekarang. Ini adalah penting jika kita mahu memastikan kita terus berupaya menangani dan mengatasi cabaran-cabaran yang akan dihadapi dalam kedua-dua pilihan raya kecil yang dijangka sengit kali ini.”

Kejayaan terkini bagi BN dalam membentuk negeri yang baru di Perak telah secara tidak langsung ia telah memberi satu impak psikologi dan moral yang positif kepada jentera parti untuk memastikan bahawa momentum ini akan dapat diteruskan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Walaupun begitu sama-sama kita beringat bahawa jentera parti juga tidak boleh leka dengan keadaan yang sedikit selesa ini.

Secara halus kita dapati rakyat telah mulai kembali yakin dengan kerajaan BN dan gelombang yg baru bermula ini dan ia tidak harus disia-siakan oleh semua jentera, termasuk Pemuda BN. Kesedaran ini adalah gelombang perubahan harapan rakyat yang tulen. Rakyat kini semakin sedar dengan karenah, wajah sebenar dan kerapuhan jatidiri pembangkang. Pembangkang tidak akan membawa rakyat kemana-mana, hanya sekadar laungan nista, impian kosong dan retorik sahajalah modal mereka untuk memanipulasikan harapan rakyat yang mahukan lonjakan kemajuan. Selama sebelas bulan diberikan sekejap ruang oleh Allah S.W.T, kita telah dapat melihat sejauh mana kejujuran mereka menjanjikan “harapan baru” kepada rakyat.

“Dalam hal ini, saya juga suka menegaskan bahawa Pemuda BN juga adalah diarahkan agar menyokong penuh setiap calon yang akan diketengahkan oleh pimpinan parti peringkat pusat. Seluruh Jentera Pilihan Raya Pemuda BN akan dipastikan untuk memberikan komitmen yang tertinggi , berkerja secara sistematik, berfokus dan berkesan untuk memenangkan calon. Adalah penting bagi kita untuk mengutamakan matlamat sebelum sesuatu perancangan dan tindakan dibuat. Kita juga harus faham bahawa kemenangan calon akan menjadi sumber kekuatan kepada parti dan kerajaan. Lebih utama dari itu ialah kemenangan kita adalah penting untuk membela nasib dan membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat terbanyak.

Mengambil kesempatan ini juga, saya menyeru dan mengarahkan agar Pemuda BN perteguhkan ikrar , semangat , dan satukan tekad. Jentera Pilihan Raya Pergerakan Pemuda BN akan berusaha bersungguh-sungguh dengan segenap tenaga untuk memastikan pengundi menyokong dan memilih calon BN pada pilihan raya kecil kali ini. Kita akan menggerakan seluruh kekuatan kita, berpadu pendekatan dengan semua jentera dan paling penting kita perlu berkorban masa, tenaga dan segala-galanya. “

Pada masa yang sama, kita juga tidak harus lupa bahawa setiap gelagat dan tindakan kita akan diperhatikan untuk dijadikan modal oleh pihak pembangkang, untuk itu kita juga perlu sentiasa mengamalkan disiplin yang tinggi, terhormat dan menjauhi daripada terperangkap dengan helah provokasi pembangkang.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Mungkinkah pertemuan semua calon KP dan NKP yang di'anjurkan' KJ akan menjadi realiti.

    Apapun, demi perjuangan Pemuda Berani .... Berani Berubah dengan semangat Setiakawan akan meletakkan perjuangan Pemuda sebagai agenda utama, khususnya kemenangan dalam 2 PRK yg bakal kita hadapi selepas PAU, 28 Mac ini.

    Selamat berjuang semua

Post a Comment