Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) menyokong penuh sesiapa sahaja calon yang bakal diletakkan untuk bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah.
Pengerusinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata seluruh jentera BN akan memberikan komitmen tinggi serta bekerjasama secara sistematik bagi memastikan calon BN menang di kedua-dua kawasan berkenaan.
"Saya menyeru dan mengarahkan agar Pemuda BN perteguhkan ikrar, semangat, satukan tekad serta berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan pengundi menyokong dan memilih calon BN pada pilihan raya kecil kali ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Justeru, beliau mengingatkan Pemuda BN agar mengamalkan disiplin tinggi serta menjaga tingkah laku berikutan pihak pembangkang seringkali memerhati tingkah laku dan gelagat BN bagi dijadikan modal serangan terhadap parti itu.
Pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau, Kedah diadakan berikutan wakil rakyatnya, V. Arumugam daripada PKR meletakkan jawatan pada Ahad lepas manakala pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak diadakan ekoran kematian penyandangnya Roslan Shaharum, daripada PAS pada Isnin lepas akibat serangan jantung.
SPR telah menetapkan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan diadakan serentak dengan penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac dan pengundian pada 7 April jika ada pertandingan.
SIAPA KETUA PEMUDA YANG BARU
Semua sudah sedia maklum, pilihan raya ini diadakan selepas Pemilihan UMNO. Pemilihan UMNO tahun ini turut menyaksikan Pemilihan Ketua dan Naib Ketua pemuda UMNO yang baru, yang pastinya akan mengetuai jentera Pemuda BN dalam kedua-dua PRK yang diadakan 7 April ini.
Mukhriz- Khir Toyo- Khairy : siapa pilihan perwakilan pemuda untuk jawatan Ketua Pemuda?
Razali- Reezal: Siapa pilihan perwakilan Pemuda untuk membantu salah seorang calon Ketua pemuda untuk mengembalikan zaman kegemilangan Pemuda UMNO dalam hati masyarakat Melayu.
Semuanya akan terjawab 25 Mac nie, namun bagaimana ‘Pasukan Baru’ nanti diberikan tanggungjawab yang amat berat dengan ujian pertama…Menang di kedua-dua Pilihan Raya Kecil yang hanya akan dibunyikan gendang perangnya tidak sampai 12 jam selepas ucapan pengulungan Presiden, 28 Mac ini.
Sesungguhnya, kedua2 PRK ini memberikan kelebihan kepada PAS dan PKR yang nampaknya cuba untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan, dengan memberikan tumpuan 100% kepada PRK ini sedangkan UMNO akan ‘berperang’ dulu dalam pemilihan parti, 24-28 Mac nanti.
Siapa pilihan anda untuk mengetuai Jentera Pemuda?

0 Komen
Post a Comment