Mencari semangat yang hilang …

Salam perjuangan buat semua pelawat dan pengunjung blog aku nie. Mungkin ada yang tertanya-tanya, semangat apa yang hilang. Mana dia menhilang.

Terus terang aku katakan, aku seakan-akan tercari-cari semula semangatku bersama GPMS. Semangat yang hilang, mungkin sejak 14 Ogos 2008, tarikh bermakna buat GPMS sebenarnya… tarikh ulangtahun ke 60 GPMS.

Kenapa ia menghilang, biarlah aku pendam sahaja. Hanya mereka-mereka yang tahu sahaja boleh merungkai persoalan ini, namun sebagai Ahli Majlis Tertinggi GPMS, aku akan tetap memberikan kerjasama dan sokongan agar perjuangan suci GPMS ini akan terus segar di dalam hati pelajar-pelajar Melayu.

Pada pandangan aku, GPMS juga harus membuat perubahan mendadak kalau mahu dilihat sebagai ‘platform’ terbaik kepada suara anak-anak dan pelajar-pelajar Melayu di masa akan datang.

Aku pun tak tahu kenapa mala mini, aku mencari semula persoalan ‘ke mana semangat aku hilang’. Mungkin selepas membaca blog
http://gpmspahang.blogspot.com.

Tahniah buat GPMS Pahang di atas pembukaan semula Pusat Bimbingan dan Kecemerlangan GPMS. Pusat ini terletak di Taman Inderapura, Jalan Kuantan-Pekan, mula beroperasi semula pd 2.02.09 di bawah teraju baru, Cikgu Atan @ Nasrul Hisham.

Biarlah aku tiupkan semula semangat GPMS dalam diri aku dengan berikrar:-

BERPENDAPAT bahawa Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung wajiblah didirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan…..
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment