YB Nasir menemui penduduk untuk menyatakan sokongan terhadap bantahan pembinaan projek Carrefour. TAHNIAH YB NASIR ... mana pergi Ronnie Liu, dia dapat apa hasil pembinaan projek Carrefour nie.
Aku terlewat nak update pasal sekumpulan penduduk Kota Damansara yang buat protes untuk menghentikan pembinaan pasarara Carrefour yang bakal dibuat dekat rumah aku.
Peristiwa nie berlaku Ahad lalu, masa tu aku on the way nak ke Bukit Beruntung dari rumah aku di Kota Damansara, aku terjumpa kira-kira 50 penduduk Kota Damansara yang berhimpun di tapak projek pasar raya Carrefour untuk membantah penerusan projek berkenaan yang dikatakan boleh menjejas kehidupan harian mereka.
Perhimpunan secara aman itu kira-kira 2 petang disertai oleh penduduk Gugusan Dedap, D'Villa Avenue, D'Villa Botany, D'Villa Equestrian, Bayu Damansara dan persatuan The Friends of Kota Damasara. (Nasib baiklah aku bawa kamera ke mana sahaja aku pergi)
Mereka turut membawa sepanduk bantahan.
ADUN Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim berkata para penduduk merasa kesal kerana projek berkenaan dibenar untuk diteruskan.
"Saya tidak menerima sebarang surat rasmi daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya berhubung penyambung semula projek ini dan oleh itu saya akan terus menyokong penduduk dan menunaikan tanggungjawab saya terhadap mereka yang mana projek ini boleh menjejaskan kehidupan harian penduduk," katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar.
Presiden Persatuan Penduduk Kota Damansara, Dali Sardar berkata tiada sebarang tindakan dibuat sebelum ini selepas para penduduk membuat bantahan."Projek ini adalah terlalu hampir dengan sekolah dan dikelilingi dengan kediaman penduduk. Ia bukan sebahagian daripada perancangan bandar dan jika perubahan diperlukan dalam perancangan bandar, ia perlu dipersetujui penduduk sekitar," katanya.
Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Seksyen Dua, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata projek pasar raya hiper itu akan menyebabkan pencemaran alam sekitar, bunyi bising dan boleh menjejaskan pembelajaran murid-murid.Seorang penduduk D'Villa Avenue, Puan Hoh Lim berkata kerajaan negeri mungkir janji dalam memelihara kepentingan penduduk.
APA YANG DIMINTA PENDUDUK KOTA DAMANSARA?
Bukan Carrefour yang diperlukan, tapi pembinaan infrastuktur lain seperti pembinaan Balai Polis dan Balai Bomba … demi untuk keselamatan penduduk di Kota Damansara.

1:36 PM
lame x cover asgt mcm nih..
9:34 PM
Salam Pendekar Gunung...,
Blog yang baik..teruja dengan local news..tentang bantahan carefour...elok juga ada blogger yang cover local news..Mamak saja tumpang lalu..ada masa mamak singgah blog kamu!!!wassalam.
12:33 AM
Assalammualaikum,
Bro 'mankuleman': lama ke tak cover, sebab apa? Sekarang nie cover desk apa?
Mamak Penang: Tq, saya hanya lapor apa yang sempat saya buat. Dah depan mata, kenalah buat. Itu tanggungjawab sosial namanya. Tq sebab singgah blog saya, kalau sudi...singgahlah lagi.