Kerajaan Selangor bertegas akan meneruskan pembinaan pasaraya Carrefour di Kota Damansara, walaupun persatuan penduduk dan PIBG sekolah terus-menerus membantah pembinaan projek Carrefour ini.
Aku akui, sebab aku sendiri pun duduk di Kota Damansara (Apartmen Tainia), yang jauhnya tak sampai 500m pun dari rumah aku, bahawa projek ini adalah terlalu hampir dengan sekolah dan dikelilingi dengan kediaman penduduk.
Kalau nak katakan pembinaan ini mendesak untuk kebaikan rakyat dan penduduk Kota Damansara, aku tak rasa penting sebab dalam jarak tak sampai 500m pun, sekarang nie dah ada Giant.
Dalam laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini, (Utusan Kota, mukasurat 22), Utusan melaporkan kerajaan Negeri membenarkan pembinaan Carrefour ini selepas hasil kajian Merdeka Centre mendapati lebih separuh penduduk Kota Damansara tidak membantah projek berkenaan.
Menurut kenyataan Sekretariat Akhbar Pejabat MB Selangor, kerajaan negeri telah buat kajian dengan mengambil kira pelbagai pandangan pelbagai pihak sebelum membenarkan projek ini diteruskan. Apa yang jelas, kerajaan Pakatan Rakyat tidak mempunyai apa-apa sebab untuk menolak projek ini daripada diteruskan memandangkan ia telah mematuhi segala terma-terma yang sepatutnya ada dalam pembinaan sebuah pasar raya.
Tahniah buat kerajaan Selangor hari ini, kerana yakin projek ini yang diusahakan oleh kerajaan BN Selangor sebelum ini terbukti mematuhi segala terma dan syarat yang diperlukan…. Oleh yang demikian, lepas ini jangan ada suara-suara sumbang lagi kononnya projek ini projek kroni kerajaan BN Selangor sebagaimana yang mereka uar-uarkan ketika baru mengambil alih pentadbiran kerajaan Selangor, Mac tahun lalu.
Tapi kini, penduduk dan rakyat menolak projek ini, pada aku sebagai penduduk di Kota Damansara ini memohon agar kerajaan Prihatin Pakatan Rakyat untuk menghentikan pembinaan projek ini demi kesejahteraan rakyat, atau kalau nak diteruskan pun ….carilah lokasi lain yang lebih sesuai berbanding di Seksyen 11, yang ternyata menganggu pembelajaran dan pengajaran di Sekolah Rendah Seksyen 11, Kota Damansara.
Janganlah kerana keuntungan yang tidak seberapa, digadaikan masa depan anak-anak ini… Lebih baik kawasan tersebut didirikan Balai Polis, Balai Bomba, Perpustakaan dan kemudahan-kemudahan lain yang lebih bermakna buat penduduk Kota Damansara.

12:06 PM
Biasalah.. kalau nak buat survey tanya kawasan yg terlibat (penduduk) kenapa x buat betul2.. kenapa baru skrg kerajaan Selangor umum..
PR kata kerajaan prihatin.. nampaknya meleset.. Tahniah pada penduduk Kota damansara kerana memilih PR..
Nice blog by the way
2:44 PM
Terima kasih sahabatku, ’Anak Langkawi’. Lama dah tak gi Langkawi nie, orang rumah saya memang suka ke Langkawi tu.
Inilah masalahnya Pakatan Rakyat nie. Bila ADUN UMNO masuk PKR.... terima dengan hati terbuka. Bila wakil rakyatnya keluar PKR dan ’kononnya’ nak masuk UMNO, kelam-kabut umum nak buat Pilihan Raya.
Apa ke jadahnya PR nie.
Samalah juga dengan hal kat Kota Damansara nie. Dulu masa mula-mula dapat Selangor, depa kata nak hentikan projek membazir Carrefour nie. Depa kata, ini projek membazir kerajaan BN.
Tapi sekarang nie, buat kajian yang kononnya penilai bebas ’Merdeka View’ yang kita tahu siapa dibelakangnya.
Nasib baiklah aku nie pembeli rumah kat Kota Damansara, tapi bukannya pengundi di sini. Tahniah jugalah buat YB Nasir yang telah berjanji akan bersama rakyat memperjuangkan pemberhentikan projek Carrefour nie.
Hidup YB Nasir... Hidup PSM- Parti Sosialis Malaysia... hehehe