PILIHAN RAYA KECIL LAGI

Ahhhh! Pilihan Raya Kecil lagi….Bosannya. Bosan bukan sebab apa, penat Kuala Terengganu hari tu masih belum habis lagi pun.

Kini terpaksa ke Behrang dan Changkat Jering, Perak.

Menurut laporan Bernama, dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang “hilang” sejak Isnin lepas hari ini mengumumkan peletakan jawatan serta-merta.

Yang Dipertua DUN Perak, V. Sivakumar berkata, ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu menyerahkan surat peletakan jawatan itu di rumah beliau pada 5.45 petang tadi.

Dalam kenyataannya yang difakskan ke pejabat media, Sivakumar berkata beliau akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

“Surat peletakan jawatan kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri telah diterima oleh saya berasaskan Artikel XXXV Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan. Oleh yang demikian saya sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri mengisytiharkan kekosongan kedua-dua kerusi N14 Changkat Jering dan N59 Behrang dengan segera,” katanya. – Bernama

Pastinya BN akan bekerja keras untuk merampas 2 kerusi DUN ini, bagi memastikan kesinambungan perjuangan BN di Perak, begitu juga dengan Pakatan Pembangkang, pasti akan bekerja keras untuk mempertahankan negeri Perak yang diperintah DAP nie….

Entahlah, mungkin dan aku harapkan agar PRK Behrang dan Changkat Jering dijalankan sekaligus. Mudah dan menyenangkan. Betul tak?
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Salam saudara,

    Sama-sama kita berusaha memastikan kemenangan BN.

    Mudah-mudahan kali ini tidak ada lagi isu "tidak berasas" kita "lagukan"!!!

    Bukan mudah sebenarnya, memenangi hati rakyat kala ini.

    Salam Perkenalan.

  2. Insya-Allah.

    Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Adakah kita memetingkan kepentingan diri sendiri, tapau memetingkan suara akar umbi.

    Kalau benar PRK ini menjadi kenyataan, calon yang kita letakkan mestilah mewakili suara akar umbi.

    Bukan lagi suara sendiri, sebagaimana yang berlaku di Kuala Terengganu.

    Harapnya, pemimpin-pemimpin UMNO dan BN sedar akan perkara ini.

Post a Comment