SEKITAR PERHIMPUNAN PENYERAHAN MEMORANDUM SOKONGAN KEPADA SULTAN SELANGOR


Berita dah basi, tapi aku nak juga masukkan juga artikel nie dalam blog aku. Kejadian ini berlaku pada hari Ahad lalu, pada jam 9.30 pagi di Istana Kayangan, Shah Alam yang menyaksikan lebih 500 ahli Pemuda UMNO Selangor dan lapan badan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di Istana Bukit Kayangan untuk menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyatakan sokongan terhadap institusi diraja dan ikrar sumpah setia kepada sultan.

Memorandum tersebut telah diserahkan Presiden Kesatuan Pelajar Melayu Selangor (KPMS), Datuk Mat Yasir Ikhsan kepada Pegawai Pengiring Sultan Selangor, Komander Ahmad Ramli Kardi di pekarangan Istana Bukit Kayangan.

Antara kandungan memorandum termasuk menyatakan sokongan, mendukung dan mempertahankan falsafah prinsip kedua Rukun Negara iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara serta memohon pihak lain tidak menyalahgunakan proses mahkamah untuk mempersendakan dan memperlekehkan kuasa raja serta institusi diraja.

Memorandum tiga muka surat itu juga memohon kuasa budi bicara sultan dipertahankan, imuniti raja dikembalikan, memohon Sultan Selangor menarik balik gelaran yang diberikan kepada penderhaka, mengambil tindakan terhadap pemimpin pembangkang yang menghina raja serta institusi diraja.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang mengetuai rombongan itu, berkata orang Melayu pantang menderhaka kepada raja serta tidak boleh menerima hakikat kebijaksanaan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara diperlekehkan.









Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

  1. Demonstrasi Pemuda UMNO bersama2 8 NGO Melayu, takkan lah cuma 500 je yang hadir? Takkan lah sikit sangat keahlian PEmuda UMNO seluruh Selangor ni? Yang 8 NGO ni setiap satunya cuma ada 10 orang ahli je ke?

    Kenapa kat depan istana Sultan Selangor? Tak releven langsung. Buat la di Perak @ depan istana Negara.

  2. Anonymous
    7:27 PM

    Doa selamat agar penyatuan orang melayu tidak longgar oleh dakyah orang-orang kafir dan DAP dan orang yang besekongkol dengan DAP.

    "Segala kepujian dan kesyukuran dipersembahkan ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahmah perlindungan kepada kami sekalian dengan aman tenteram, sihat wal’afiat dan selamat sejahtera. Kami memohon kepada-Mu ya Allah semoga diperkukuhkan perpaduan, dipereratkan persaudaraan dan diperkuatkan keazaman, hasrat dan cita-cita agar sentiasa mendapat keredhaan-Mu ya Allah".

    "Kami juga memohon kasih sayang-Mu ya Allah agar jiwa dan kehidupan kami berada dalam aman di dunia agar kami dapat mengimarahkan bumi sepertimana yang Engkau perintahkan, maka daripada Engkaulah sahaja ya Allah kami memohon bantuan dan pertolongan".

    "Kami dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan kami dan hamba-hamba-Mu sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami tunaikan akan mendapat sepenuh kejayaan dalam keredhaan dan restu-Mu di sepanjang zaman".

    "Berkatilah negara Malaysia ini dan rahmatilah di bawah perlindungan-Mu sekalian yang bersangkutan dengannya semoga mendapat pertunjuk dari-Mu ke jalan yang Engkau redhai serta dengan penuh kehormatan dan kesucian, di samping meninggikan syiar-Mu dalam semua bidang".

    "Peliharakanlah kami dan negara kami daripada segala bala bencana. Jauhkanlah kami sekalian daripada segala ancaman dan pengkhianatan. Bersihkanlah negara kami dari segala anasir jahat. Pandulah kami semua ke jalan yang benar, adil dan saksama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.".

    "Kekalkanlah ya Allah kebenaran, keadilan, perpaduan, ketenteraman dan kemakmuran dalam negara bertuah ini".


    View Profile: Rantong™

  3. Anonymous
    10:55 PM

    untuk meLAYU.....
    KEMANAKAH HILANGNYA ISLAM..
    DIAKHIRAT NANTI BUKAN BANGSAYANG AKAN DITANYA..TETAPI AKAN AGAMANYA..
    OK..
    BELAJARLAH AGAMA...HADIRI KULIAH AGAMA..BUKAN HANYA PANDAI MENUTUP MASJID/SURAU DARI MENGADAKAN KULIAH AGAMA..
    OK BRO...

Post a Comment