HUJAH TV9: Kita Penyokong Kena Rasional Bukan Hentam Sesama Sendiri

Assalammualaikum

Apa yang kita buat hari nie. Saya hanya mendiamkan diri 24 jam semata-mata nak tengok apa komen saudara-saudara, sahabat-sahabat semua mengenai ‘Hujah TV9’ malam tadi yang mengabungkan tiga orang calon Ketua Pemuda UMNO yang akan berentap 25 Mac ini di PWTC.

Terus terang saya katakana, ada antara kita semua mempunyai pendirian dan penyokong kepada salah seorang kepada calon-calon ini. Tak salah, jika saudara-saudara ada pendirian dan sokongan saudara sendiri, ini membuktikan bahawa UMNO sebuah parti bermaruah dan demokrasi.

Namun apa yang saya kesalkan kerana ada di kalangan sahabat kita sendiri yang menonjolkan sokongan terbuka mereka, namun yang tidak cantiknya, mereka menghentam secara terbuka terhadap seorang lagi calon yang boleh dikatakan calon `favourite’

Apa yang saya nak perkatakan di sini ialah tak guna jika semua berjuang demi penyatuan UMNOlah, demi semangat setiakawanlah, demi kekuatan BN dan perjuangan mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada BN dan UMNO tapi dalam masa yang sama…saudara menghentam sesama sendiri dengan menggunakan blog yang kina bina untuk mempertahankan UMNO dan BN.

Di mana letaknya kematangan dan kewibawaan kita. Di mana letakkan profesionalisme dan semangat setiakawan kita?

Adakah kita terlupa bahawa kenyataan dan tindakan kita ini umpama membuka pekung saudara sendiri? Adakah ini semangat yang kita nak tonjolkan sebagai pejuang UMNO.

Saya juga mendapat maklum balas dari sahabat-sahabat lain, mengenai KJ, Mukhriz dan Khir Toyo dalam Hujah itu.

Kita kena sedar, ramai juga yg hentam KJ …tetapi saya minta jangan diperbesarkan dalam blog-blog kita, kerana ia akan menjadi bahan kepada Pakatan Rakyat yang kini sedang mencari jalan menjatuhkan kita, mencari jalan untuk mencari kesalahan kita dan mencari jalan untuk melonjakkan semula sokongan mereka dari rakyat selepas insiden-insiden buruk yang melanda mereka sejak kebelakangan ini.

Jika kita berterusan macam nie, mudah-mudah sahaja `mangkuk hayun PR’ guna point yang kita sendiri bagi untuk memburukkan sesama kita.

Mohon maaf sekiranya saya tersalah bicara. Cuma saya mahu kita semua rasional dalam keadaan sekarang. Kita nak jadi Pemuda Berani. Kita perlu Berani Berubah untuk memperkuatkan semula UMNO dan semangat Setiakawan kitalah yang mampu meletakkan Pemuda di landasan perjuangan yang sebenar.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

  1. Salam,

    Perjuangan Umno makin sukar dari tahun ke tahun hinggalah menuju ke
    PRU13. Jika Umno tidak menyatukan ahli perti sendiri, bagaimana hendak menyatukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai ideologi politik. Muafakat itu perlu dalam perjuangan, namun sayang, tidak ramai antara kita yang peka akan pentingnya.

  2. Salam Perjuangan,

    Memang perkara hentam menghentam melalui blog peribadi masing-masing telah lama berlaku, tetapi apa yang lebih memalukan apabila kita silap memilih KP hanya kerana perwakilan termakan 'pujuk' rayu calon-calon yang mengharapkan perwakilan yang dimana Bahagian mereka memilih calon lain sehingga menjadi favourite berubah citarasa setelah disuapkan 'perasa' yang lebih enak kedalam poket mereka....

  3. Mcm mana pula yang menghentam calon lain masa pemilihan bahagian dulu?

    Adakah itu semangat setiakawan :-)








    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Keyakinan diri bertapak pada dua dasar. Pertama, jauh daripada sombong dan bongkak diri. Kedua, tidak menyerah diri kepada sesiapa selain daripada Tuhan.
    ( Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah )

    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
    http://pro-faizal.blogspot.com
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com

    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Post a Comment