TUHAN MAKBULKAN PERMINTAAN NIZAR

Takziah buat keluarga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharum dari PAS - dipercayai meninggal dunia akibat sakit jantung ketika sedang mengayuh basikal.

Aku mendapat berita ini ketika dalam perjalanan ke Ipoh untuk menghadiri Himpunan Menjunjung Kasih yang diadakan di Padang Majlis Bandaraya Ipoh, petang tadi.

Akhirnya, Tuhan makbulkan doa dan permintaan `Menteri Besar Derhaka', Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil di Perak.

Kepulangan Ustaz Roslan Shaharum ke rahmatullah hari ini membuka laluan kepada pilihan raya kecil
dalam tempoh 60 hari. Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mengesahkan Roslan meninggal dunia pagi ini.

Pada pilihan raya unmum ke-12 8 Mac lalu, Roslan memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,566 undi. Allahyarham memperoleh 20,015 undi manakala calon BN, Abdul Azim Mohd Zabidi menerima 18,449 dan calon Bebas, M. Morgan mendapat 872 undi.

Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mencadangkan PAS menimbang untuk meletakkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon pilihan raya kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang.

Sambil menyatakan beliau membuat cadangan itu atas kapasiti peribadinya, Ngeh berkata adalah elok jika Nizar dipilih sebagai calon kerana rakyat boleh menyatakan pandangan mereka mengenai perubahan kerajaan negeri itu.

Apa yang nak dikatakan lagi, kegembiraan untuk tidak berpilihan raya lagi dalam masa terdekat, tidak dimakmulkan. Kenalah kembali ke medan perjuangan, marilah kita jentera BN dan sahabat-sahabat bloggers memperkemaskan jentera untuk membantu kemenangan calon BN yang bakal bertanding di Bukit Gantang dalam masa 60 hari ini.

Bukit Selambau… PRK juga?

Bukan Bukit Gantang sahaja, dengarnya DUN Bukit Selambau, Kedah juga akan menyaksikan satu pilihan raya kecil diadakan selepas Anggota Exco Kedah, V. Arumugam mengosongkan jawatan tersebut dan juga sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Selambau.

Ia diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, DS Azizan Abdul Razak di sini pukul 9 malam tadi. Sidang media itu merupakan yang kedua dalam tempoh 12 jam hari ini.

Tengah hari tadi beliau mengesahkan Arumugam melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Beliau berkata surat peletakan jawatan Arumugam itu bertarikh 8 Februari dan diterima oleh beliau pada pukul 5 petang tadi yang lengkap dengan tandatangan dan cop Pesuruhjaya Sumpah.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. JOM TUAN2 SEMUA KITA BERJUANG DEMI PERAK TERCINTA....ASAL JANGAN FLIP FLOP NGAN MENANTU DIA KACAU DAH LA....

Post a Comment