Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Datuk Razali Ibrahim berkata, pendekatan itu berbeza dengan yang dijalankan sebelum ini di mana pihaknya memilih menggunakan ceramah-ceramah besar untuk mendekatkan diri dengan pengundi muda. Penggunaan ceramah-ceramah besar tanpa dialog tidak memuaskan hati golongan muda kerana mereka tidak berkesempatan meluahkan perasaan.
''Pengalaman lalu menunjukkan kaedah berdialog melalui ceramah sangat memberangsangkan maklum balasnya di mana mereka dapat meluahkan hati dan perasaan terhadap isu-isu yang terbelenggu. Pemuda BN juga diamanahkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menjalankan kajian mengenai sikap pengundi muda yang ditemui dan membuat profil mengenai mereka," ujarnya kepada wakil media ketika ditemui selepas melawat Bilik Gerakan Induk Pemuda BN Parlimen Bukit Gantang semalam.
Beliau berkata, kajian sikap dan profil ini bukan hanya dibuat dalam tempoh pilihan raya tetapi berterusan selepas itu bagi memudahkan Pemuda BN mendekati golongan terbabit, mengenal pasti masalah mereka dan membantu menyelesaikan masalah tersebut.
''Saya rasa pendekatan baru yang diperkenalkan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menjadi Presiden menunjukkan kesungguhan bahawa kita tidak boleh lagi leka dan memandang ringan soal modal insan sebagai satu elemen penting dalam membentuk kerajaan. Ini kerana kita menyedari bahawa 90 peratus daripada mereka yang tergolong dalam kumpulan ini ialah mereka yang dilahirkan selepas merdeka," katanya.
Mengenai Parlimen Bukit Gantang, Razali berkata, pihaknya mengenal pasti terdapat beberapa keperluan perlu disediakan kepada golongan ini iaitu kemudahan sukan dan peluang ekonomi terutama masalah pengangguran akibat krisis ekonomi dunia dialami ketika ini.
''Jadi, kita akan pastikan seluruh jentera kita dapat mengenal pasti kumpulan-kumpulan ini dan bertanya bagaimana kita dapat membantu dan menyediakan apa keperluan mereka. Kita mahu mendekati mereka secara tersusun bukan seperti pembangkang atau parti-parti lain yang gunakan pilihan raya untuk berpolitik kerana BN memikirkan tentang mutu kerja semasa pilihan raya dan selepasnya," katanya.

12:29 PM
Salamz...
bukan setakat di 3 prk sahaja.
amalan berdialog dengan ahli pemuda dan generasi muda perlu dibuat di setiap peringkat dan tempat.
exco-exco pemuda yang baru jangan nak monteng turun padang...
hahahaha
1:59 PM
Tuan.saya mahu salin artikel dan gambar untuk blog rasmi BPN kita..tq
2:32 PM
exco2 pemuda mana ada masa nak turun padang.Mereka sibuk mendapatkan projek2 untuk memenohkan poket mereka yg dah byk mereka keluarkan utk membeli undi dulu.sekaranglah masa nak dpt semula fulus pelabutan dulu.buat buat tak faham pulak..
12:53 AM
Takde masalah. saya akan kirim lagi gambar dan berita2 di Bukit Gantang nie. Tq
1:32 PM
Semoga Razali dapat meminpin Pemuda dengan baik. Dia mampu bantu Ketua Pemuda baru... malah dia juga mampu jadi Ketua Pemuda satu hari nanti.
Kerjalah secara ikhlas, jujur... insya-Allah Razali mampu jadi yang terbaik
6:18 PM
Salamz...
bang...kalu ada bahan-bahan kempen menarik tu...scan laa...pastu share-share la ngan kengkawan
hahahaha