HISHAM BAWA PERPADUAN KEPADA PEMUDA UMNO

Semalam merupakan mesyuarat terakhir Pemuda UMNO Malaysia yang dipengerusikan YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein selepas bersama Barisan Kepimpinan Pemuda sejak 1993 dan menerajuinya bermula dengan memangku jawatan Ketua Pemuda pada 1999.

Waktu itu negara menghadapi kemelut politik 1998 dan reformasi huru-hara jalanan, di mana Pemuda dan UMNO dicemuh, diperlekeh, diserang keretanya kalau pasang logo, diejek, dan ada Pemuda sendiri malu / takut nak pakai baju Pemuda.

“Berbanding sekarang, walaupun sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 pelbagai serangan pembangkang kita hadapi, ketuanan Melayu dipertikai tahun lalu, dan kedaulatan Raja-raja diderhakai pada bulan lalu, perpaduan dan kekukuhan Pemuda UMNO dan BN masih ampuh, kukuh dan tidak tergugat sama sekali.

Buktinya, jentera Pemuda bergerak serentak dan senada di dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh atau Kuala Terengganu dan ketika menghadapi isu-isu semasa dan jenayah perang antarabangsa. Paling jelas, walaupun bahan pemilihan UMNO bermula sejak Jun 2008 dan kini 3 calon bertanding jawatan nombor 1, perpaduan dan hubungan sesama Pemuda UMNO masih kuat dan padu. Walaupun masing-masing ada penyokong dan jenteranya, tidak wujud isu kem atau serang menyerang peribadi calon.”

Formula kepada perpaduan, kekuatan dan kemajuan kita orang-orang Melayu ini mudah dan masih kekal sebagaimana warisan nenek moyang pejuang terdahulu. Berpegang kepada landasan yang betul, kembali kepada asas perjuangan dan budaya murni nilai ketimuran.

Sentiasa Rapatkan Barisan

Kekuatan Pemuda UMNO dan Pemuda BN selama ini adalah hubungan yang erat dan rapat. Kepentingan utama hanya satu iaitu UMNO dan BN yang kukuh untuk memberi khidmat, faedah dan bermakna kepada hidup rakyat, kemajuan negara dan kedaulatan tanah air.

Walau apa pun berlaku di kampung, di cawangan, di bahagian atau peringkat nasional, Pemuda mesti kekal hubungan erat dan rapat, pasti Pemuda akan kuat dan Parti akan terus kukuh. Faedahnya rakyat dapat.

Setiap kali diuji, hubungan mesti dikekalkan. Kesetiaan kepada perjuangan parti dan agenda negara mesti tidak tergugat. Jangan ikut jejak Anwar Ibrahim yang memberontak, mendalangi reformasi jalanan dan mencemar nama baik negara di mata dunia apabila diuji hanya dengan kehilangan jawatan.

Sebab itu, kali ini apabila BN menghadapi lanskap baru politik selepas Pilihan Raya 2008, Pemuda masih mampu mendepani serangan dan tohmahan pembangkang. Isu ketuanan Melayu, isu penderhakaan kepada kedaulatan Raja-raja dapat dikekang bersama-sama dengan parti komponen BN.

Sekali gus kritikan mahu pun fitnah terhadap Pemuda UMNO dan BN dapat dinafikan dengan sendirinya.

UMNO dan BN Bangkit Lebih Kuat

Memang sudah biasa di dalam transformasi masyarakat kita, setiap kali diuji, orang Melayu dan rakyat Malaysia akan menghadapi dengan berjaya dan bangkit menjadi bangsa yang lebih kuat.

Sejak tahun lalu hingga sekarang, rakyat memang semakin jemu dengan karenah politik pembangkang yang tidak berkesudahan walau pun pilihan raya sudah berlalu. Pelbagai isu digembar gembur untuk mendapat perhatian dan cuba menyakinkan orang ramai. Maklumat yang separuh benar dan palsu dihebahkan untuk menyakinkan masyarakat bahawa Pakatan Rakyat akan mengambilalih Kerajaan kerana ada yang hendak melompat parti.

Imej badan kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis, Badan Pencegah Rasuah, jentera-jentera kakitangan awam sengaja diburukkan dan dikaitkan dengan UMNO dan BN.

Setiap langkah baik kerajaan yang turut dirumuskan oleh kakitangan awam juga dicemuh, diperlekeh dan diburukkan tidak sudah-sudah. Subsidi, bantuan, sistem pendidikan, pembinaan infrastruktur awam dan juga pengurusan ekonomi negara semuanya dikatakan tidak betul.

Semua ini mengalih pemerhatian tajam dan kritis rakyat daripada kepincangan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Tetapi hari ini masyarakat sudah rimas dan sudah lama menantikan tamatnya permainan gembar-gembur politik dan rakyat merindui pelbagai promosi usaha dan inisiatif membela rakyat dan memajukan negara.

Pilihan Raya Akan Datang

Dengan formula yang sama juga kita mesti menghadapi pilihan raya yang akan datang, baik PRU-13 atau paling dekat PR Kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Barisan Kepimpinan Pemuda dan semua calon yang bertanding jawatan Pemuda sudah bersepakat, seia sekata dan berjanji akan terus mengerat dan merapatkan barisan dan jentera, apa lagi sebaik sahaja selesai Perhimpunan UMNO ini untuk melaksanakan tugas masing-masing di PR Kecil bermula 29 Mac ini supaya pada 7 April, semua calon BN menang dan dapat terus berkhidmat kepada rakyat.

Demikian juga Barisan Exco Pemuda UMNO dan Pemuda Negeri sedia ada juga akan turun padang bersama jentera Pemuda walaupun sudah tamat penggal khidmat mereka di dalam Pemuda.

“Saya sendiri juga akan bersama-sama jentera Pemuda pada PR Kecil kali ini walaupun saya mengosongkan jawatan ini untuk calon yang akan diberi mandat oleh perwakilan, Rabu 25 Mac ini.

Pemuda Perak sudah pun memulakan Latihan Jentera Pilihan Raya pada Jumaat lepas, diikuti dengan negeri-negeri lain untuk sentiasa menghadapi sebarang isu semasa dan pilihan raya yang terdekat atau dalam jangka panjang.”

Tinjauan dan persiapan sudah dimulakan oleh pelbagai peringkat urusetia dan jentera ke semua lokasi sejak dua minggu lalu apabila kerusi Bukit Gantang kosong, diikuti Bukit Selambau dan Batang Ai.

Sebahagian jentera setempat sudah beroperasi, ada yang mula beroperasi mulai esok walaunpun Perhimpunan Agung UMNO berlangsung di Kuala Lumpur. Sebaik selesai Perhimpunan Agung Pemuda, jentera pilihan raya Pemuda akan bergerak ke lokasi bertugas masing-masing. Manakala selebihnya akan bergerak sebaik selesai Perhimpunan pada tengahari 28 Mac ini.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

  1. Dato Panglima Tun Ali dihukum bunuh.

    Sejarah berulang kembali. Dalam merebut dan mengejar pangkat dan kuasa, macam-macam cara dan muslihat digunakan. Tetapi yang amat kita kesalkan bila cara yang kotor digunakan dalam perlumbaan merebut kuasa ini.
    Kerana dengki dan iri dengan kuasa dan pangkat yang dianugerah Raja kepada Mamak Bendahara Tun Mutahir (Bukan Tun Mahathir), maka musuh-musuh politiknya telah merencana untuk menjatuhkan beliau.
    Pesaing-pesaing yang mengidam kuasa dan pangkat Bendahara ini telah menjalankan hasutan dan tomah. Akhirnya termakanlah Raja akan hasutan mereka itu, hingga Mamak Bendara dicop sebagai penderhaka.
    Mamak Bendahara Tun Mutahir telah disingkirkan dengan cara yang amat menyedihkan. Bukan setakat itu saja, Dato Panglima Tun Ali, orang yang rapat dengan Tun Mutahir pun turut disingkirkan.

  2. Pangkat bukanlah segalanya, tapi keikhlasan kita yang paling penting, untuk memperkasakan semula UMNO di hati orang Melayu dan rakyat.

    Adakah kerana kita tiada pangkat, tiada kuasa... kita tidak boleh bersatu, kita tidak boleh berkhidmat untuk rakyat dan orang Melayu.

    Pangkat dan jawatan, hanya sebagai platform, tapi sedarlah bahawa persefahaman dan perpaduan di antara kita merupakan aset terpenting untuk memperkasa UMNO dan BN di hati orang Melayu dan rakyat Malaysia.

  3. SALAM BRO, ARTIKEL ANG SANGAT HEBAT DAN SAYA AMAT BERSETUJU DANGAN SAUDARA BAHAWA, MAKIN LAMA MAKIN MENYAMPAH ORANG TENGOK PARTI PEMBANGKANG YANG TAKDE POINT NI...LEPAS NI KITA AKAN TAWAN BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU DAN BATANG AI ATAU APA SAHAJA YANG MENDATANG..

    KEHADIRAN DS NAJIB MEMANG MEMBAKAR SEMNAGAT LA...

    AKU HARAP TS MUHYIDDIN DAN DATO MUKHRIZ AKAN MENANG...

Post a Comment