PILIHAN BIJAK DEMI KESINAMBUNGAN UMNO

Menjelang pemilihan UMNO minggu depan, sebagai ahli UMNO, aku berharap sangat agar semua perwakilan memilih dengan bijak dan tepat demi survival parti. Pilihlah yang terbaik antara yang terbaik kerana Perhimpunan Agung UMNO kali ini dari 24 hingga 28 Mac merupakan antara yang terpenting dalam sejarah parti kerana hala tujunya akan ditentukan oleh perwakilan.

Jangan rambang mata, jangan gadaikan maruah dan survival UMNO. Jika perwakilan terpedaya kerana sogokan wang, janji manis dan laba diri untuk memilih calon yang tidak bermoral.... kita semua ahli-ahli UMNO harus bersedia dan rela hati menantikan saat kehancuran UMNO, parti keramat yang sangat kiat sayangi ini.

Buatlah pemilihan terbaik demi bangsa, agama dan negara. UMNO kini dalam 'kegawatan' yang paling serius dalam sejarah penubuhannya. Sejak gelombang penolakan UMNO dalam pilihan raya umum lepas dan beberapa pilihan raya kecil selepas itu, UMNO didapati langsung tidak belajar daripada kesilapan besar itu. Bagaimanpun, masih belum terlambat untuk UMNO membaiki keadaan dan memenangi semula hati rakyat.

Yang pasti, selepas hari bersejarah ini, selepas kita puas memilih mereka yang terbaik untuk memimpin UMNO dan ketiga-tiga sayapnya, kita akan diuji lagi dengan tiga pilihan raya kecil. Dua BUKIT dan satu BATANG sedang menanti penyatuan hati ahli-ahli UMNO dan BN, demi memastikan kesinambungan perjuangan UMNO dan BN untuk terus melekat dalam hati rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu.

Jangan sampai ’itik di air mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan’.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Jika seseorang calun yang kemaruk sangat nak jadi pemimpin menghulurkan wang ringgit untuk mendapat undi, anda jangan ambil wang tersebut wahai perwakilan semua. Nak ambil juga...boleh.Tapi kenalah tanggung dosa seorang diri. Pangkah jangan sekali. Tetapkan hati dan bijak dalam membuat pemilihan. Perasuah tentu sekali bukan pemimpin yang kita kehendaki. Jika anda menerima rasuah itu maka anda selaku perwakilan juga adalah manusia yang lebih jijik dari seekor babi utan.

Post a Comment