Jika sebelum ini Dato Razali Ibrahim telah menyarankan dan meminta semua 700 ribu ahli Pemuda UMNO seluruh negara untuk membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh kerana membuat kenyataan menghasut semasa berbahas di Dewan Rakyat minggu lalu, tapi Rabu lalu…..beliau sendiri yang memulakan laporan polis tersebut.Beliau membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menuduh pergerakan itu menghantar dua butir peluru sebagai ugutan kepadanya, di Balai Polis Brickfields kira-kira pukul 12.38 tengah hari, Rabu lalu.
Beliau datang seorang diri tanpa ditemani pengikut serta penyokongnya
Bukan untuk mencari popularity atau meraih simpati tetapi beliau pergi ke balai polis seorang diri tanpa pengetahuan pihak media, demi tanggungjawabnya sebagai ahli Pemuda UMNO di mana kenyataan Karpal secara jelas menuduh Pemuda bertanggungjawab di atas ancaman peluru yang diterima Karpal, malah dengan jelas Karpal Singh mengatakan … Pemuda UMNO Celaka.
Karpal pada 19 Februari lalu mendakwa menerima sekeping sampul mengandungi sepucuk surat berserta dua butir peluru hidup yang diposkan ke alamat rumahnya di Jalan Utama di Pulau Pinang.
Pada persidangan Dewan Rakyat 25 Februari lalu, pemimpin pembangkang yang sering mencetuskan kontroversi itu mengungkap perkataan celaka terhadap Pemuda UMNO dan menuduh mereka yang mengirim peluru kepadanya.
Menurut Razali, kenyataan Karpal itu jelas berniat jahat dan cuba menghasut rakyat supaya membenci Pemuda UMNO.
“Tuduhan Karpal itu ditujukan kepada 700,000 ahli Pemuda UMNO. Saya sebagai salah seorang ahli Pemuda UMNO membuat laporan polis ini kerana saya tidak melakukannya. Ini adalah satu tuduhan yang amat berat. Saya menyeru semua ahli Pemuda UMNO supaya membuat laporan polis terhadap Karpal,” tegasnya.
Razali juga meminta supaya polis segera menyiasat tuduhan tidak berasas yang dibuat oleh Karpal itu dan mendakwanya mengikut Akta Hasutan 1948.
Pada aku, Razali dah mulakan, di mana Pemuda-pemuda lain, adakah kita tidak tercabar dan tidak rasa malu dituduh melakukan jenayah. Di manakah maruah kita? Di manakah pejuangan kita.
Marilah bersama Razali Ibrahim…. Menebus semula hak dan maruah Pemuda UMNO. Marilah kita bersama-sama merapatkan barisan, memperkuatkan semula Pemuda UMNO, memulihkan semula semangat Pemuda.
Aku pinjam slogan Khir Toyo.... PEMUDA BERANI. Kita perlu berani mempertahankan maruah kita. Aku pinjam slogan Mukhriz.... Berani Berubah. Pemuda UMNO hari ini perlu Berani Berubah, jika tidak kita terus akan dianggap tiada perjuangan konsisten.
Marilah kita mengekalkan semangat slogan KJ, setiakawan. Dalam perjuangan ini, kita perlu setia pada kawan untuk memastikan perjuangan kita terus relevan.

0 Komen
Post a Comment