Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu mengalu-alukan langkah YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Presiden UMNO melantik YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, Naib Presiden UMNO sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu sebagai satu langkah tepat.
Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Mohd Sabri Alwi berkata, Dato’ Seri Hishammuddin yang begitu rapat dan mesra dengan warga Terengganu sejak lama dulu, telah sama-sama membebaskan rakyat Terengganu daripada kezaliman, nepotisme dan penyalahgunaan kuasa Pas.
Beliau juga menjadi antara pengerak utama pelbagai program termasuk Serik Dok Weh dan Gelombang Biru sehingga rakyat bebas dari kemiskinan.
Perjuangan dan sumbangan beliau bersama jentera dan pemimpin Terengganu selama ini telah banyak memberi faedah, manfaat, nilai dan makna kepada hidup rakyat Terengganu.
Pelbagai lapisan pemimpin dan rakyat sangat menghormati keikhlasan dan kesungguhan beliau melalui pelbagai pasang surut perjuangan tanpa berganjak daripada asas-asas dan landasan sebenar parti di dalam membela nasib rakyat, memartabat Negara dan meninggikan syiar agama.
Justeru, kami yakin kepimpinan beliau menerajui Badan Perhubungan UMNO Terengganu akan menambah mantap perpaduan, khidmat dan perjuangan pelbagai lapisan kepimpinan dan ahli parti.

12:00 AM
bagaimana pendapat tuan kalau MB memberi laluan kepada pemimpin baru berikutan perlatikan Datuk Seri Hishamuddin ini?
Ikuti ulasan saya di dalam topik 'Pelan Peralihan Kuasa MB Terengganu'
di:
http://www.nasidagang.com
1:49 AM
HMMM, MENARIK KAN ISU KAT TERENGGANU NI BRO..
KALAU LU BACA NI LAGI BEST BRO
http://parpukari.blogspot.com/2009/04/perjumpaan-eksklusif-malaysiakini.html