Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim menyarankan agar ahli Pergerakan Pemuda UMNO dari segenap lapisan untuk membabitkan diri dalam aktiviti sampingan bagi mendekatkan diri mereka dengan masyarakat dan tidak hanya berada dalam kelompok sendiri.
Pembabitan dalam aktiviti yang berkaitan dengan masyarakat dan golongan tertentu dapat memberi nilai tambah kepada ahli. Pemuda akan membincangkan kaedah yang sesuai bagi membolehkan pergerakan ini memberi bantuan dalam bentuk yang lebih tersusun kepada individu atau golongan yang memerlukan.
Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, Pemuda akan menganjurkan kursus berkaitan kepemimpinan, disiplin dan jati diri bagi menilai kembali keberkesanan penubuhan biro di bawah pergerakan itu.
"Kita akan mengadakan sesi percambahan minda bagi melihat bagaimana Pemuda boleh membantu dengan membuat penilaian mengikut kes kerana masalah yang dihadapi di setiap negeri adalah berbeza serta memerlukan pendekatan berbeza," katanya selepas melancarkan program Program Permotoran Belia Benci Dadah anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Pahang.
Beliau berharap melalui pembabitan secara tersusun, Pemuda bukan saja mempunyai pengetahuan mengenai golongan yang memerlukan tetapi dapat menjalankan tanggungjawab secara lebih bersemangat.
Katanya, Pemuda juga akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif bagi menampung keperluan yang tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan.

Katanya, pada masa ini, Pemuda memang terbabit dalam aktiviti sampingan seperti itu tetapi ia tidak khusus kepada NGO tertentu.

0 Komen
Post a Comment