JAWATAN DAH DIISI- Penuhkan Tanggungjawab Meletakkan Pemuda Di Landasan Yang Betul.


Kini semuanya dah terjawab. Siapa PSU, siapa Penolong Bendahari, Ketua Penerangan dan SUK Pemuda UMNO Malaysia sudah terjawab.

Pertama sekali, terima kasih kepada mantan Ketua Pemuda UMNO yang juga Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein kerana melepaskan Pemuda kepada kepimpinan baru yang diharapkan dapat meletakkan semula Pemuda di landasan yang betul dalam menarik semula sokongan generasi muda terhadap UMNO dan BN.

Keduanya, ucapan terima kasih juga buat Dato Abd. Rahman Datuk Dahlan (PSU Pemuda), Datuk Hamid Nazahar (Pen. Bendahari), Dato’ Azimi Daim (Ketua Penerangan) dan Shahrul Zaman Datuk Yahya (SUK) di atas kerja dan sumbangannya selama ini kepada Pergerakan Pemuda.

Tahniah pula kepada pemegang-pemegang amanah yang baru, saudara Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid (PSU), Datuk Rozabil Abd. Rahman (Pen. Bendahari), Dato’ Reezal Merican Naina Merican (Ketua Penerangan) dan Shaiful Hazizy Zainol Abidin (SUK) Pergerakan Pemuda UMNO.

Tanggungjawab berat yang penuh amanah ini harus dipikul bersama. Pemuda harus berani melakukan perubahan jika mahu melihat Pemuda dan UMNO terus relevan dan terus tersemat di hati orang Melayu.

Jika kita lalai dan mempersiakan amanah ini, PRU13 nanti hukuman ‘gantung sampai mati’ akan kita jalani bersama.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama berdoa agar ikatan dan perpaduan sesama kita akan kembali segar dan mekar. Perjuangan kita masih belum selesai. Jalan perjuangan masih panjang, marilah sama-sama kita laluinya dengan penuh ketaqwaan dan keimanan, semoga Allah bersama dalam perjuangan kita. Insya-Allah.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

7 Komen

  1. Salam Sahabat...

    Tahniah kepada pemegang-pemegang amanah yang baru...

    Harap-harap tidak ada sesiapa yang akan dihukum gantung sampai mati

    Salam Perjuangan
    Salam Setiakawan


    BJ

  2. Bro - ada masa kita YM.saya mahu bagi kod bpn flash..

    tq

  3. Anonymous
    7:10 PM

    Tahniahlah buat yang telah dilantik. Bukan senang untuk dilantik jawatan-jawatan penting tu, orang lain penat-penat bertanding untuk dapatkan jawatan.

    Takpelah, semuanya sudah ketentuan Ilahi. KJ dah menang Ketua Pemuda, nasib baik Razali menang NKP... cuma di kalangan Pegawai2 yg dilantik nie, tak nampak plak bayangan2 penyokong2 Razali.

    Semunya orang KJ. Tak nampak juga plak bayangan penyokong Mukhriz dan penyokong Khir Toyo... inikah namanya bersatu selepas bertanding.

    Masih belum nampak usaha-usaha untuk menyatukan ketiga2 kem sebagaimana yang diwar-warkan KJ.

  4. Anon 7:10 x payahlah nak jadi batu api!!! sekarang bukan masanya utuk kita bercakaran sesama sendiri!!! Lu pikir la sendiri.

  5. Assalammualaikum.

    Tq 'Anon' dan Tq Senapang Patah. Saya tak kisah pun apa korang nak cakap kat sini.

    Memang aku akui KJ tak meletakkan penyokong Mukhriz atau Khir Toyo dalam barisan pegawainya.

    Biarlah...itu keputusan KJ sebagai Ketua Pemuda. Bagi peluang dan ruang, ini masa untuk kita bergerak dalam satu pasukan.

    Aku yakin, semuanya boleh bekerjasama dalam satu pasukan... kan...kan.

  6. askm. mintak maaflah kasar sikit dan tak da niat nak jadi batu api...macamanalah umno nak mendapatkan semula sokongan rakyat! Terang2 perasuah diangkat menjadi ketua pemuda...Tahniah kpd. Yang menang dan dilantik tetapi tidak kepada Ketua Pemuda!

Post a Comment