Jentera Pemuda BN diminta untuk meningkatkan pemantauan menjelang hari-hari terakhir kempen berikutan beberapa taktik kotor yang telah mula dikesan digunakan pembangkang pada pilihanraya kecil khususnya di Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.
Penyelaras Undang-undang dan Peraturan Pilihanraya Pemuda BN, Suffian Awang berkata pihaknya kini sudah mula mengesan pelbagai risalah memfitnah dan memburuk-burukkan calon serta pucuk pimpinan BN bagi meraih sokongan pengundi.
Katanya, risalah serta surat layang sedemikian dikesan sudah mula disebarkan di beberapa kawasan sejak beberapa hari lalu bertujuan bagi mengelirukan pengundi.
"Ada surat layang dan risalah disebarkan kononnya BN menawarkan sejumlah wang serta hadiah kepada pengundi. Mereka menggunakan logo rasmi BN dan UMNO untuk kelirukan orang ramai. Ini jelas satu taktik jahat yang sering digunakan pembangkang dalam beberapa pilihanraya kecil lalu. Kita tidak akan benarkan perkara ini dilakukan sewenang-wenangnya. Justeru kita minta seluruh jentera kita meningkatkan pemantauan terhadap taktik kotor ini", katanya.
Beliau yakin tindakan tidak bermoral ini dilakukan kerana pembangkang menyedari sokongan pengundi yang semakin tidak menyebelahi mereka.
"Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menagih undi. Kita menjangkakan keadaan akan menjadi lebih dahsyat dalam masa dua, tiga hari ini sebelum hari pengundian. Pada masa yang sama kita juga meminta agar jentera kita tidak terperangkap dengan provokasi yang akan dilakukan pembangkang. Ini termasuklah tindakan penyokong pembangkang yang menghalang jentera kita memasang poster dan bendera di beberapa kawasan di sini", ujarnya.
Beliau juga memberitahu pihaknya akan terus mengumpulkan bukti terhadap taktik-taktik jahat pembangkang untuk membuat laporan polis.

0 Komen
Post a Comment