Sekalung penghargaan buat bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi setelah meninggalkan kerusi empuk Perdana menteri dan Presiden UMNO. Segala jasa dan bakti yang dicurahkan Tun Pak Lah, amat kami hargai dan jadikan kenangan paling berguna dalam hidup kami.Walaupun berbagai rintangan dan tohmahan serta fitnah yang dilemparkan dari dalam mahupun luar parti...malah serangan dari luar negara juga, namun Pak Lah telah meletakkan perpaduan sebagai teras utama perjuangannya.
Kini, kami doakan selamat berbahagia buat Pak Lah, semoga ceria dan bahagia bersama keluarga tercinta.
Buat bos baru... Dato Najib, good luck. Semua mata dan perhatian akan tertumpu kepada Dato’ Najib sekarang setelah berbagai rintangan dan fitnah juga yang diterima, namun berkat kesabaran dan semangat tidak putus asa.... hari ini sahlah Najib akan mentadbir negara, dengan dibantu oleh Tan Sri Muhyiddin, insya-Allah akan diletakkan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Semoga gantingan mantap ini akan berjaya membawa UMNO dan kerajaan kepada
kejayaan yang lebih sempurna di masa hadapan. Buktikan bahawa gandingan ini mampu memperkasa semula UMNO dan BN, seterusnya gandingan sayap-sayap parti akan mampu membawa kembali golongan muda ke dalam UMNO dan BN.Hari ini membuktikan bahawa berita, sms, mms dan segala macam medium yang digunakan oleh Pakatan Pembangkang semalam yang kononnya Dato Najib tak diterima Sultan Mizan sebagai PM ke6, dakyah dan fitnah kosong semata-mata.
Inilah permainan yang mereka mainkan, kerana takut dengan Dato Najib yang dikatakan mampu merobak-robekkan hubungan dalam Pakatan Pembangkang yang selama ini mengambil kesempatan di atas kesabaran dan ketenangan Tun Pak Lah.
Akhir kata, TQ Pak Lah... Good Luck Dato Najib.

PS: Najib dah lengkapkan teori RAHMAN.... yang paling aku kesian, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menurut http://www.masterdedah.com/, "PAGI TADI ANWAR BERLEGAR-LEGAR KAT LUAR PINTU MASUK ISTANA NEGARA TUNGGU TURN NAK ANGKAT SUMPAH. NASIB BAIKLAH TIBA-TIBA SIVAKUMAR DATANG DAN AJAK ANWAR LEPAK-LEPAK BAWAH POKOK. SELEPAS ITU, TIAN CHUA MENGUSULKAN AGAR ANWAR DILANTIK MENJADI PM DI BAWAH POKOK BERSEBELAHAN DENGAN ISTANA NEGARA"

11:55 AM
Haram jadah punya Anwar. Menyusahkan orang ajer.
Buat PM lama.... selamatlah berehat. Jangan kacau PM baru buat kerja.
Buat Pak Najib dan Bg Mahyuddin.... tunjukkan bakat sebenar anda. Kami menantikan sentuhan anda berdua